• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma

  • OLEH Najib
  • 5:36 pm
  • 29/08/2023
  • Komen
Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pengumuman yang sama, Yes mengumumkan bukan satu, tetapi dua pakej 5G Rahmah dengan harga berbeza. Paling murah adalah pelan Yes Power 35 Rahmah yang memberi 100GB data dan panggilan tanpa had, pada harga RM35/bulan. Pelan kedua adalah Pelan RAHMAH Yes Infinite Basic yang berharga RM58/bulan.

Pelan RAHMAH Yes Infinite Basic lebih menarik kerana ia memberikan data tanpa had kuota dan tiada sekatan kelajuan, tetapi ada kuota hotspot 20GB. Ia juga datang dengan panggilan tanpa had.



Untuk telefon, pelan ini menyediakan pilihan yang lebih baik, termasuk telefon 5G percuma dengan kontrak 24-bulan. Semua telefon ini juga datang dengan jaminan selama 2-tahun, seperti mana yang digariskan oleh Fahmi Fadzil untuk dilabel dengan Pakej 5G Rahmah.

Telefon yang ditawarkan di bawah Pelan RAHMAH Yes Infinite Basic adalah seperti berikut:



  • ZTE Blade A73 5G (4+128GB) – PERCUMA
  • Vivo Y55+ 5G (6+128GB) – PERCUMA
  • Vivo Y27 5G (8+128GB) – RM100
  • Samsung Galaxy A14 5G (4+128GB) – RM100
  • Redmi 12 5G (8+256GB) – RM200
  • Oppo A78 5G (8+128GB) – RM200
  • Honor 90 Lite 5G (8+256GB) – RM200

Manakala khas untuk golongan B40, mereka dapat menikmati subsidi RM120 untuk membeli telefon pintar 5G. Bagaimanapun, ia terhad kepada 100,000 pendaftaran pertama. Sebagai contoh, jika B40 mahu telefon pintar Honor 90 Lite 5G, mereka hanya perlu membayar RM80 (RM200-RM120) untuk telefon. Untuk Samsung Galaxy A14 5G, ia boleh dimiliki percuma tanpa bayaran.

Pakej 5G Rahmah boleh dilanggan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Yes 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: Yes tawar pelan RM35 dengan 100GB data dan telefon 5G berbeza
  • Yes 5G lancar promosi pelan tanpa had dan telefon 5G lebih rahmah sempena Hari Kebangsaan
  • Pakej 5G Rahmah dilancar, RM60 60GB dan telefon 5G RM240 sedia dilanggan dari 31 Ogos hingga 31 Disember
  • Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua
Tags: honorhonor 90 litepakej 5g rahmahPakej Yes 5G Rahmahsamsungsamsung galaxy a14yes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma

Pakej 5G Rahmah: Pelan Yes RM58 ada data 4G/5G tanpa had dan telefon 5G percuma

29 August 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN