• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perisian Microsoft Paint berusia 38 tahun menerima naik taraf, bakal sokong Layer dan Transparency

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 20/09/2023
  • Komen
Perisian Microsoft Paint berusia 38 tahun menerima naik taraf, bakal sokong Layer dan Transparency
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Minesweeper dan Solitaire, Microsoft Paint adalah satu lagi perisian legenda dalam setiap sistem operasi Windows. Kedua-dua permainan tadi mula dimasukkan dalam Windows sejak 1990 namun Paint lagi lama iaitu 1985 ataupun 38 tahun yang lalu. Microsoft mengumumkan akan beri nafas baharu pada perisian ini dengan beberapa penambahbaikkan.

Melalui mengumumkan yang diterbitkan di saluran rasmi mereka, peserta Windows Insider yang menjadi sebahagian daripada keluarga Canary dan Dev Channel akan beroleh Microsoft Paint versi baharu bila mereka berada di versi sistem operasi 11.2308.0 dan keatas.



Pembaharuan yang dibawakan pada Paint adalah pengenalan ciri Layer dan Transparency.

Pengguna kini boleh menyunting gambar mengikut lapisan lantas membolehkan penyuntingan lebih granular dilakukan. Makanya, imej yang lebih kompleks dan rumit mampu dihasilkan hanya menggunakan Paint.



Ciri Transparency juga bakal disokong dalam format PNG. Versi sebelum ini, apabila pengguna ingin memadam sesetengah bahagian, Paint akan melapiskannya dengan warna putih dan ia tidak menyokong Transpency ketika itu.

Benar, Paint versi baharu masih belum ditawarkan untuk pengguna umum buat masa ini kerana mereka dalam fasa memungut maklum balas daripada pengguna Windows Insiders bagi tujuan memperhalusi naik taraf dan membuang segala pijat yang ada sebelum diterbitkan.

Sumber: Microsoft

Tags: Microsoftmicrosoft paint
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Perisian Microsoft Paint berusia 38 tahun menerima naik taraf, bakal sokong Layer dan Transparency

Perisian Microsoft Paint berusia 38 tahun menerima naik taraf, bakal sokong Layer dan Transparency

20 September 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER