Telefon gaming mampu milik antara peranti yang sering dicari-cari oleh pengguna tempatan. Kini, terdapat lagi satu model yang telah menyertai pasaran telefon gaming mampu milik iaitu Infinix GT 10 Pro. Ia baru sahaja dilancar pada bulan September lepas pada harga yang sangat mampu milik bawah RM1,000.
Namun, selain Infinix, Poco juga antara jenama yang gah dalam pasaran telefon gaming, serta ada peminatnya tersendiri. Disebabkan Poco F4 telah berusia lebih daripada setahun dan harganya kini lebih murah, ada yang mempersoalkan antara Infinix GT 10 Pro dan Poco F4, mana lebih bagus? Jadi dalam artikel ini saya nak terangkan.
Kedua-dua telefon ini ada keseluruhan spesifikasi bagus untuk gaming. Tetapi Poco F4 berada dalam kelas pertengahan yang lebih tinggi. Poco F4 menggunakan cip yang lebih laju, dengan dikuasakan cip Snapdragon 870 yang bergerak pada kelajuan 3.2Ghz, manakala Infinix GT 10 pro pula diperkasa cip Dimensity 8050 yang bergerak pada kelajuan 3Ghz. Prestasinya tak adalah terlalu berbeza.
Konfigurasi RAM dan storan yang tersedia pada kedua-dua telefon ini juga sama dengan memiliki RAM 8GB dan storan 256GB. Jenis storan yang digunakan adalah sama UFS 3.1, tetapi Poco F4 mempunyai RAM yang lebih bagus kerana menggunakan LPDDR5 berbanding LPDDR4X di Infinix GT 10 Pro. Dengan itu, Poco F4 sudah tentu mampu berikan pengalaman gaming yang lebih baik.
Di samping itu, jika dilihat pada ujian penanda aras di Geekbench, Poco F4 ada markah lebih rendah untuk teras tunggal berbanding Infinix GT 10 Pro. Poco peroleh 1,019 markah, manakala GT10 Pro 1,114 markah. Untuk pelbagai teras markah dia lebih kurang je.
Bahagian skrin pada kedua-dua telefon ini semuanya sama. Ia mengguna pakai skrin AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, serta memiliki kadar pensampelan sentuh 360Hz. Akan tetapi, Infinix GT10 Pro hadir dengan kapasiti bateri lebih besar dan ada kelebihan untuk mengaktifkan pengecasan bypass. Jadi ini dapat mengurangkan haba jika cas semasa gaming. Namun, walaupun Poco tak ada pengecasan bypass, ia ada teknologi LiquidCool 2.0 dengan 7 lapisan pelesap haba dengan vapor chamber untuk bantu kurangkan haba.
Jadi, Poco F4 ada prestasi yang lebih baik dari Infinix GT 10 Pro. Tetapi untuk perbezaan harga kedua-dua telefon ini, Infinix GT 10 pro merupakan pilihan jauh lebih berbaloi kerana harganya lebih murah untuk prestasi yang tidak jauh beza. Telefon lebih baru, serta memiliki ciri pengecasan bypass. Tambah pula Infinix jamin GT 10 Pro bebas iklan, sedangkan MIUI di Poco F4 terkenal penuh dengan iklan.
Kalau anda berminat untuk dapatkan Infinix, anda boleh layari stor rasmi Infinix di Lazada dan Shopee, atau Poco F4 juga di stor rasmi Poco di Lazada dan Shopee.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Infinix GT 10 Pro, anda boleh baca reviu penuh kami di sini.