• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Betul ke pengecasan pantas akan rosakkan bateri atau mitos sahaja?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:15 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Honor 30 Pro+: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Mengecas telefon sudah menjadi rutin kita semua setiap hari, dan kalau ada pengecasan pantas, ia lagi dapat memudahkan kita betul tak? Syarikat pengeluar telefon sekarang juga berlumba-lumba untuk menghasilkan pengecasan terpantas, dengan ada daripadanya pengecasan 67 Watt, 120 Watt, malah sehingga 240 Watt pun ada. Jadi adakah pengecasan pantas ini akan cepat rosakkan bateri?

Kebanyakan telefon pada masa kini menggunakan bateri lithium-ion untuk menghidupkan telefon. Secara naturalnya, prestasi bateri akan merosot selepas melalui kitaran cas. Sebab itu selepas beberapa tahun, kesihatan bateri akan menurun kerana bateri lithium-ion mempunyai kitaran cas yang ia boleh terima, macam 800 kali cas. Jadi semakin dekat ke had kitaran, semakin teruklah prestasi bateri.



Untuk pengetahuan anda, musuh utama bateri adalah haba. Berbanding pengecasan biasa, pengecasan pantas akan menjana haba yang lebih tinggi, yang juga akan merosotkan kesihatan bateri dengan lebih cepat. Jadi, adakah syarikat pengeluar tak fikir tentang perkara ini? Sudah tentu mereka fikir. Sebab itu telefon pintar sekarang dilengkapkan dengan pelbagai sensor dan perisian untuk bantu meguruskan haba serta mengawal selia aliran kuasa untuk pengecasan yang lebih efisien. 

Telefon pintar sekarang boleh menghadkan pengecasan sampai 80% dan henti menerima pengecasan setelah bateri mencapai 100%. Ini supaya bateri tidak dicas secara berlebihan kerana cas berlebihan akan berikan stress pada bateri selepas ianya penuh. Selain itu, jika bateri terlalu panas semasa mengecas, ia akan henti mengecas atau perlahankan pengecasan, jadi bateri tidak akan kekal panas.



Tambahan pula, pengecasan pantas pada watt yang tinggi tidak berlaku setiap masa ketika mengecas. Telefon akan terima watt tertinggi semasa kapasiti bateri di tahap rendah. Apabila kapasiti bateri semakin penuh, tenaga yang disalur atau jumlah watt akan jadi lebih rendah menjadikan pengecasan lagi perlahan. 

Sumber: MKBHD

Jadi, pengecasan pantas ini tidak semestinya akan merosakkan bateri anda kerana telefon memiliki ciri pintar untuk mengurangkan kesan pada bateri. Meskipun begitu, kalau nak lagi jaga, pastikan anda mengecas di kawasan yang tak panas, dan jangan gunakan telefon semasa mengcas. Anda juga boleh manfaatkan fungsi Bypass Charging semasa bermain game jika ada, supaya bateri tak dicas.

Tags: mobilepengecas ganpengecas pantasPengecas Telefon
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor 30 Pro+: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

Betul ke pengecasan pantas akan rosakkan bateri atau mitos sahaja?

11 October 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER