• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

WhatsApp henti sokongan ke atas Android 4.4 KitKat

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:14 am
  • 25/10/2023
  • Komen
Cara hantar gambar & video HD resolusi tinggi dan tak pecah di WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi WhatsApp telah menggugurkan sokongan ke atas sistem operasi Android versi KitKat (4.4). Kini ia hanya boleh digunakan oleh peranti yang menjalankan sistem operasi sekurang-kurangnya Android Lollipop (5.0). Ini bermakna sekiranya anda masih menggunakan telefon pintar dengan versi Android 4.4 atau KitKat, aplikasi pemesejan WhatsApp tidak lagi boleh digunakan.

Antara jenis telefon yang terjejas adalah:



  • Samsung Galaxy E7
  • Samsung Galaxy Grand Neo Plus
  • HTC Desire 620
  • Lenovo S90 sisley
  • Huawei Ascend G620S
  • Sony Xperia C3
  • LG L50
  • Asus ZenFone 6

Ini merupakan satu-satunya perubahan keserasian sistem pengendalian mudah alih yang dilaporkan WABetaInfo pada masa ini.

Starting today, WhatsApp only supports Android OS 5.0 and newer versions, while there are no changes regarding supported iOS versions.

— WABetaInfo (@WABetaInfo) October 24, 2023

Dikeluarkan pada tahun 2013, Android 4.4 KitKat dianggap sebagai versi sistem pengendalian paling disukai dan masih digunakan sebilangan kecil orang. Sehingga Mei 2023, dianggarkan hanya 0.5% populasi di dunia masih menggunakan peranti yang dijana KitKat dan mempunyai akses kepada Google Play. 



Sebelum ini versi Jelly Bean (Android 4.1-4.3) kehilangan sokongan Google sepenuhnya pada tahun 2021. Kini tiba giliran Android 4.4 KitKat pula untuk dikeluarkan daripada Google Play versi 23.90.99. 

Buat pengguna WhatsApp, pembangun platform itu memperkenalkan banyak fungsi baharu sejak akhir-akhir ini. Contohnya, berbilang akaun yang memudahkan pengguna yang mempunyai 2 akaun WhatsApp melog masuk ke telefon yang sama secara serentak.

Jadi mulai daripada hari ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya Android 5.0 untuk terus berhubungan menggunakan aplikasi WhatsApp.

[Sumber: Android Police, Kimovil]

Bacaan berkaitan:

  • WhatsApp Beta ada ciri log masuk multiakaun dalam satu telefon
  • Whoscall guna data PDRM, kini boleh kesan pemanggil Scammer di WhatsApp
  • WhatsApp dapati 70% rakyat Malaysia tak hidupkan ciri keselamatan, aktifkannya sekarang
Tags: androidAndroid 4.4 KitKatwhatsapp
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Cara hantar gambar & video HD resolusi tinggi dan tak pecah di WhatsApp

WhatsApp henti sokongan ke atas Android 4.4 KitKat

25 October 2023
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN