Bajet RM2,000 ni boleh dapat kuasa flagship, prestasi tertinggi, kamera hebat, kalis air dan banyak lagi. Tapi tak semua ciri flagship boleh dapat dengan RM2,000 dalam satu telefon. Anda kena pilih apa fungsi hebat yang diperlukan, baru senang nak pilih telefon terbaik untuk anda guna.
Di sini saya mudahkan anda untuk memilih dengan menyenaraikan 5 telefon pintar terbaik boleh di Malaysia bawah RM2,000. Selain itu, anda juga boleh semak senarai 5 telefon pintar terbaik kami untuk bajet di bawah RM1,200 di sini dan di bawah RM600 di sini.
1. Poco F5 Pro (8+256) RM1,999
Poco F5 Pro ni paling hebat sebab guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, RAM LPDDR5 dan ada skrin AMOLED 120Hz WQHD, lagi tinggi dari HD Penuh tau. Bateri pun besar 5,160mAh dan sokong pengecas berwayar 67W, haaa macam tak laju sangat kan. Tapi ini sahaja telefon yang ada pengecas wayarles 30W dalam senarai ni. Cuma kekurangannya pada kamera utama 64MP. Kamera depan pun 16MP je.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Xiaomi 13T (8+256GB RM1799, 12+256GB RM1999)
Kalau nak telefon yang serba-serbi baik dalam semua aspek, Xiaomi 13T yang baru ni lagi menarik. Prestasinya tinggi, guna cip Mediatek Dimensity 8200 Ultra, ini cip kelas flagship tau. Tapi yang lagi menarik adalah, telefon ni ada kamera Leica, ada kamera telefoto, kalis air IP68 dan dijanjikan kemaskini keselamatan 5 tahun dan kemaskini Android 4 kali, pertama dari Xiaomi ni. Pengecas dikira lajulah 67W. Skrin AMOLED pula, ada kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 2,600nits.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Samsung Galaxy A54 (8+256) RM1,899
Nampak macam Galaxy S23, tapi ini adalah Galaxy A54 yang hampir separuh harganya dan berbadan plastik. Spec ala kadar kelas pertengahan, malah pengecas cuma 25W dan tiada kepala pengecas dalam kotak. Skrin dan kamera agak bagus.
Tapi kelebihan utama Galaxy A54 adalah ia kalis air dan debu IP67 serta Samsung bagi jaminan 2 tahun. Samsung pun janjikan kemaskini Android 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun. Tak risau nak pakai lama-lama, kalau rosak pun banyak pusat perkhidmatan Samsung di Malaysia ni.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Honor 90 (12+256GB RM1799, 12+512GB RM1999)
Kalau anda minat kamera atau spec Huawei, anda boleh dapatkan telefon Honor 90. Paling best, ia ada storan terlampau besar 512GB dan RAM mega 12GB. Prestasi pula digerakkan cip Snapdragon 7 Gen 1, masih agak hebat dan berkuasa tinggi.
Kamera pun tak kurang hebat, dengan kamera utama 200MP dan kamera hadapan 50MP. Honor 90 ni sedap pegang sebab tepi skrin ni melengkung. Skrin AMOLED ni pun ada PWM 3840Hz, katanya mata kurang letih kalau tengok lama-lama. Baik untuk kesihatan mata. Tapi paling tak best, speaker dia mono.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Realme 11 Pro+ (12+512) RM1,999
Satu lagi telefon dengan storan besar 512GB dan RAM 12GB adalah Realme 11 Pro+. Kehebatan utama dia adalah pengecas pantas 100W. Lepas tu kemasan belakang dia cantik macam beg tangan wanita. Spec dia hampir sama dengan Honor 90 sebab ada kamera 200MP tapi Realme kata kamera ni boleh zum lossless 4x. Siap ada penapis Lonely Planet. Nasib baik telefon Realme ni ada speaker stereo. Tapi prestasi dia tak sehebat model lain, guna cip Mediatek Dimensity 7050 je.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.