• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rakyat Malaysia laung boikot & buang app Grab selepas isteri CEO dilihat bersimpati dengan Israel

  • OLEH Najib
  • 8:44 pm
  • 03/11/2023
  • Komen
Rakyat Malaysia laung boikot & buang app Grab selepas isteri CEO dilihat bersimpati dengan Israel
Share on FacebookShare on Twitter

Kemelut Palestin dan Israel masih belum menemui titik akhir. Rakyat Malaysia pula tidak putus-putus berdoa dan menghantar bantuan untuk saudara di Palestin. Di samping itu, ramai juga yang mengambil tindakan untuk memboikot syarikat-syarikat yang dilihat memberi bantuan kepada Israel walaupun secara tidak langsung.

Antara yang dilihat terkesan adalah McDonald Malaysia, yang telah mengeluarkan lebih dari 4 kenyataan rasmi untuk memberitahu bahawa mereka tidak menyokong keganasan dan telah menghulurkan bantuan kepada tabung Palestin. Tetapi hari ini, Grab Malaysia pula mengutuskan kenyataan rasmi yang dilihat berkaitan konflik Palestin ini.



Untuk Makluman Segera. pic.twitter.com/PjJYENBXNv

— Grab Malaysia (@GrabMY) November 3, 2023

Dalam makluman tersebut, Grab menjelaskan penyebaran paparan tertentu di media sosial adalah pandangan peribadi serta diambil di luar konteks sebenar. Malah, Grab kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan dan menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanaan gencatan senjata.

Walaupun begitu, Grab tidak menyebut langsung tentang Palestin. Kenyataan Grab ini dipaparkan di Facebook dan X tetapi ruangan komen telah ditutup.



Laporan di Malaysiakini menyebut, kenyataan Grab ini dibuat selepas hantaran isteri CEO Grab, Anthony Tan tular. Dalam Instastories tersebut, Chloe Tong seorang warga Singapura, berkongsi bagaimana dia “patah hati” dan dia “jatuh cinta sepenuhnya dengan Israel” semasa dua lawatan ke sana tahun ini. Malah, anak lelakinya yang berusia tujuh tahun berkongsi sentimen yang serupa.

Chloe Tong (kiri) dan Anthony Tan (kanan)

Kenyataan ringkas Grab yang dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga, selepas kenyataan kontroversi yang tular pastinya tidak mencukupi. Sebagai syarikat yang beroperasi di Malaysia dan perlu memahami sensitiviti rakyat Malaysia, Grab perlu menunjukkan lebih keikhlasan untuk menyatakan mereka bersama-sama rakyat Malaysia.

Malaysia telah sekian lama mengecam Israel, malah menjadikan Israel sebagai negara dilarang berkunjung di dalam pasport. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah berulang kali mengutuk perbuatan Israel yang menyekat semua bentuk bantuan dan keperluan asas untuk rakyat Palestin dan meminta dunia mengambil tindakan terhadap Israel.

Tags: GrabPalestin
Najib

Najib

POPULAR

Rakyat Malaysia laung boikot & buang app Grab selepas isteri CEO dilihat bersimpati dengan Israel

Rakyat Malaysia laung boikot & buang app Grab selepas isteri CEO dilihat bersimpati dengan Israel

3 November 2023
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN