• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 14/11/2023
  • Komen
GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian
Share on FacebookShare on Twitter

GXBank, salah satu daripada lima penerima lesen bank digital dari Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan aplikasi mereka kepada orang ramai. Bagaimanapun, ia masih di tahap Beta. Bermakna, ia masih di tahap ujian dan kini dibuka untuk mendapatkan maklum balas awal pengguna.

Untuk peringkat Beta ini, ia akan dibuka kepada 20,000 pengguna terpilih yang menetap di Malaysia sahaja. Pengguna juga tidak perlu risau dengan wang simpanan mereka di GXBank kerapa ia dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 seperti bank lain, tidak seperti dompet digital atau eWallet.



Dengan pelancaran aplikasi beta ini, GXBank menjadi bank digital pertama yang memulakan operasi di Malaysia.

GXBank mahu menjadi penyedia perkhidmatan perbankan kepada pengguna yang sukar untuk pergi ke cawangan fizikal. Ia juga unik kerana semua perkhidmatan dari pendaftaran akaun sehingga penghantaran wang, boleh dibuat dengan beberapa sentuhan mudah pada peranti mudah alih.



Apa yang boleh dibuat dengan GXBank?

Dalam fasa ujian Beta ini, pengguna boleh membuka Akaun Simpanan GXBank dan mewujudkan sehingga 10 Pockets. Pockets adalah ciri menyimpan untuk mencapai matlamat, seperti Tabung Digital. Ia bagi menggalakkan pengguna menyimpan bagi keperluan atau impan tertentu.

GXBank Pockets

Kelebihan menyimpan di dalam Pockets ini adalah ia akan memperoleh faedah harian sehingga 3% setiap tahun. Faedah ini dikira secara harian dan akan terkumpul hari demi hari. Dengan Pockets, pengguna boleh memantau kemajuan simpanan dan menerima panduan secara berkala untuk cara cepat mencapai matlamat simpanan.

Akaun simpanan GXBank membolehkan pengguna menerima wang dan menghantar wang menerusi platform DuitNow. Selain menggunakan nombor akaun bank, pengguna juga boleh menghantar wang melalui nombor telefon atau nombor kad pengenalan yang telah dipautkan kepada DuitNow, jika penerima telah mendaftar DuitNow mereka.

GXbank: Hantar wang melalui DuitNow

Pulangan tunai RM20

Bagi menarik minat orang ramai membuka akaun GXBank, mereka menawarkan pulangan tunai RM20 untuk deposit minimum pertama RM100. Ia akan dikreditkan terus ke dalam akaun pengguna selepas deposit tersebut dilakukan.

GXBank: Pulangan Tunai RM20

Terima 1.5x mata ganjaran di Grab

Satu lagi kelebihan menggunakan GXBank adalah mengumpul mata ganjaran Grab Rewards lebih pantas. Ini kerana pengguna boleh mendapat 1.5x mata Grab untuk setiap perkhidmatan Grab jika membayar melalui GXBank.

Selepas memiliki akaun GXBank, pengguna boleh memautkannya di dalam Grab. Grab juga menawarkan pelan Grab Unlimited percuma selama 6 bulan jika memautkan akaun GXBank ke dalam Grab.

GXBank: Paut akaun di Grab untuk mata ganjaran 1.5x dan Grab Unlimited percuma 6-bulan

Cara daftar dan buka akaun GXBank

Jika anda berminat untuk menjadi penguji Beta GXBank, anda boleh ikuti langkah-langkah tersebut:

  1. Muat turun aplikasi GXBank di Apple Appstore atau Google Playstore
  2. Cipta akaun menggunakan nombor telefon. Kemudian isi nama penuh dan alamat emel untuk menyertai fasa Beta.
  3. Jika terpilih, ikuti proses pengesahan nombor telefon menerusi SMS TAC dan isi maklumat untuk pendaftaran.
  4. Seterusnya, pengesahan identiti perlu dibuat menggunakan kad pengenalan dan wajah menerusi sistem eKYC (Kenali Pelanggan Anda secara elektronik).
  5. Selepas selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, permohonan anda akan diproses. Jika lulus, anda akan dimaklumkan dan menerima nombor akaun GXBank (13 angka).
  6. Tambah minimum RM10 ke dalam akaun simpanan. Selepas itu, anda boleh mula menggunakan perkhidmatan GXBank, termasuk Pockets.

Hanya di aplikasi, tiada laman web

Secara ringkas, bank digital beroperasi seperti eWallet tetapi ia menawarkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh. Antaranya perlindungan deposit sehingga RM250,000 oleh PIDM.

Bagaimanapun, GXBank hanya boleh digunakan di aplikasi mudah alih sahaja. Tiada perkhidmatan menerusi laman web seperti bank biasa. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mula mendaftar sebagai penguji Beta, boleh layari laman web www.gxbank.my.

Tags: Bank Digitalgxbank
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian

GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian

14 November 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER