• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKS Airways nafi hadapi masalah kewangan, cuaca jadi faktor tiada penerbangan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:17 pm
  • 22/11/2023
  • Komen
SKS Airways

SKS Airways

Share on FacebookShare on Twitter

Sambungan daripada laporan SKS Airways didakwa menghadapi masalah kewangan sehingga perlu hentikan operasi. Pengendali operasi penerbangan itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi memberitahu bahawa kedudukan kewangan mereka tidak bermasalah, sebaliknya musim peralihan monsun menyebabkan tiada sebarang penerbangan antara Subang, Pulau Tioman dan Pulau Redang.

Yang di-Pertuan Agong merasmikan hangar baharu SKS Airways
Yang di-Pertuan Agong merasmikan hangar baharu SKS Airways

Malahan, Yang di-Pertuan Agong baru sahaja menghadiri upacara perasmian hangar baharu mereka yang berkeluasan 46 ribu kaki persegi untuk bersiap sedia menerima pesawat Embraer R-195-E2 yang telah ditempah.



Tentang pesawat Embraer pula, mereka memaklumkan semua transaksi pembayaran dilakukan tepat pada waktunya tanpa sebarang kelewatan dan kesemua kakitangan mereka juga menerima gaji penuh seperti biasa.

Sungguhpun begitu, mereka kini sedang mencari rakan pelaburan strategik untuk memacu pertumbuhan Fasa 2 iaitu pertambahan 20 pesawat daripada 10 pesawat yang telah ditempah. Antara pihak yang telah SKS Airways hubungi adalah seperti Malaysia Aviation Group Berhad, pemilik kepada Malaysia Airlines Berhad.



SKS Airways kini mengoperasikan dua buah pesawat HDC-6-300 yang masing-masing ada 19 tempat duduk, khas ke Pulau Tioman dan Pulau Redang.

de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter
de Havilland Canada DHC-6 Twin Otter (sumber)

Sewaktu awal ditubuhkan, pengarahnya Datuk Rohmad Ahmad mengatakan yang mereka akan mula mencatatkan keuntungan dalam masa 5 tahun apabila ketiga-tiga teras syarikat itu mula beroperasi. Teras pertama yang kita sudah tahu mula bergerak adalah perkhidmatan penumpang, kemudian mereka juga sedang mengusahakan perkhidmatan kargo dan perkhidmatan sewa khas.

Tidak seperti MyAirlines, SKS Airways adalah anak syarikat kepada SKS Group dan syarikat induk itu ditubuhkan dalam tahun 1983 dan mempunyai beberapa cabang perniagaan lain seperti hartanah, perhotelan, peruncitan, dan kemudahan kredit.

Sumber: TheEdgeMalaysia

Bacaan berkaitan

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

SKS Airways pamer Embraer E195-E2 Tech Lion, pesawat penumpang yang bakal mereka gunakan di Malaysia

Tags: SKS Airwayssks group
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
SKS Airways

SKS Airways nafi hadapi masalah kewangan, cuaca jadi faktor tiada penerbangan

22 November 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER