• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram Reels kini boleh dimuat turun, cuma terpakai pada akaun awam

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 8:36 am
  • 24/11/2023
  • Komen
Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang semua pengguna Instagram boleh muat turun video Reels dan berkongsinya di luar aplikasi berkenaan. Namun ia hanya boleh dilakukan pada video Reels akaun awam sahaja.

Fungsi muat turun ini sebenarnya telah pun diperkenalkan pada bulan Jun lepas, tetapi hanya boleh digunakan oleh pengguna Instagram di Amerika Syarikat sahaja.



231123 Instagram Reels

Cara memuat turun Instagram Reels

Langkah untuk memuat turun video Reels agak mudah, iaitu:

  • Buka aplikasi Instagram dan pergi ke video Reels yang mahu di muat turun
  • Klik ikon ‘Kongsi’ 
  • Pilih ‘Muat Turun’ dan video Reels tersebut akan disimpan di dalam telefon

Untuk melindungi kerja pencipta sebenar, video Reels yang dimuat turun akan mempunyai tera air  (watermark) dengan nama pengguna Instagram asal. Hanya Reels dengan trek audio asal akan mempunyai bunyi dalam video yang dimuat turun.



231123 Instagram Reels

Reels yang dikongsi oleh akaun peribadi tidak boleh dimuat turun. Manakala akaun awam boleh mematikan keupayaan untuk orang ramai memuat turun video Reels mereka dalam Tetapan Akaun.

Bagi pengguna Instagram di bawah umur 18 tahun dengan akaun awam, ciri muat turun pada mulanya dinyahaktifkan. Walau bagaimanapun, ada fleksibiliti untuk mengaktifkannya mengikut keselesaan pengguna.

Sekiranya pilihan ini masih belum muncul, anda mungkin perlu mengemas kini aplikasi Instagram.

Setakat ini melalui percubaan menggunakan akaun Instagram peribadi saya, masih belum ada fungsi yang dinyatakan. Anda boleh muat turun video Reels? Kongsikanlah dengan kami.

[Sumber: The Verge, Adam Mosseri]

Bacaan berkaitan:

  • Pengguna kini boleh padam Threads tanpa kehilangan akaun Instagram, ketahui caranya
  • Meta mula menawarkan Facebook dan Instagram bebas iklan sepenuhnya
  • Facebook dan Instagram aktifkan panggilan video dengan Avatar, tak perlu kalut bersolek lagi
Tags: instagramInstagram Reelsvideo Reels
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Reels kini ada alat sunting suara seperti Tiktok, ini kelebihan & kekurangannya

Instagram Reels kini boleh dimuat turun, cuma terpakai pada akaun awam

24 November 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN