Bajet sekitar RM1,000 ni paling banyak dicari rakyat Malaysia. Senang je, anda boleh rujuk senarai kami ini untuk pilihan terbaik yang boleh dibeli di Malaysia. Jadi, anda boleh war-warkan juga pada rakan-rakan dan saudara mara untuk semak sebagai rujukan.
Di sini, kami senaraikan 5 telefon terbaik anda boleh beli di Malaysia, bawah RM1,200. Apa 5 telefon tu? Selain itu, semak juga senarai 5 telefon terbaik kami bawah RM2,000 dan RM600.
1. Samsung Galaxy A34 5G (8GB+256GB) RM1,199
Galaxy A34 ni dilancar bulan Mac lepas pada harga RM1,599, sekarang ni banyak dah jual RM1,199 sahaja. Walaupun guna cip Mediatek Dimensity 1080 dan sokong pengecas 25W je, kelebihannya adalah kamera 48MP OIS dan kalis air IP67.
Samsung juga bagi jaminan peranti selama 2 tahun, dan dijamin kemaskini Android 4 kali serta kemaskini keselamatan 5 tahun. Ia datang dengan OS OneUI 5 berasaskan Android 13, jadi boleh dapat sampai Android 17. Ada tak telefon lain harga ni masuk air dan dijamin panjang macam ni?
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. iQoo Z7 5G (8+128GB) RM1,149
Telefon iQoo Z7 ni dilancar bulan April harga RM1,299. Sekarang dah turun sikit. Ini telefon paling berkuasa dalam senarai sebab guna cip Snapdragon 782G, sesuai digelar telefon gaming.
Kurangnya, ia guna skrin LCD 120Hz, tapi pengecasan terpantas 120W. Sistem bunyinya stereo dan masih ada jek audio 3.5mm. Kamera utama 64MP OIS dan menariknya, ia ada pemancar inframerah.
Dapatkan iQoo Z7 5G di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Poco X5 Pro (8+256GB) RM1,159
Poco X5 Pro ni pun sama dah turun harga. Ia macam kembar Redmi Note 12 Pro 5G, tapi lebih baik. Antaranya kuasa Snapdragon 778G, skrin Flow AMOLED 120Hz, sokongan pengecas 67W dan speaker stereo. Kamera utama pun 108MP tetapi tiada OIS. Pemancar infra merah pun ada, boleh kawal tv atau aircond.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Oneplus Nord CE 3 Lite 5G (8+256GB) RM1,099
Guna cip lama Snapdragon 695, OnePlus Nord CE 3 Lite ada skrin paling besar 6.72-inci, tetapi jenis LCD 120Hz. Mengecas pun tinggi 67W dengan kamera utama 108MP. Jek audio 3.5mm pun masih ada dan speaker stereo katanya 200% lebih lantang. Oneplus juga bagi jaminan kemaskini keselamatan 3 tahun dan kemaskini OS 2 kali.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Infinix GT 10 Pro (8+256GB) RM1,049
Infinix lancar GT 10 Pro bulan September lepas pada harga RM999. Tapi sebulan yang lepas, diam-diam naik RM50 jadi RM1049. Tetapi harga ni masih sangat berbaloi dan murah berbanding yang lain. Kalau cari telefon gaming murah, memang ini lah telefonnya.
Ia guna cip Dimensity 8050 6nm yang berkuasa tinggi untuk kelasnya. 5G pun ada Skrin pun AMOLED 120Hz. Speaker stereo dan sokong pengecas PD 45W. Lepas tu ada fungsi bypass charging, boleh cucuk pengecas main game tanpa jejaskan prestasi bateri.
Kotak telefon ni unik, boleh jadi pembesar suara. Kabel pun bagi jenis L, senang main game sambil bypass charging. Satu lagi menarik, OS di GT 10 Pro ni tiada bloatware. Tak macam telefon Infinix lain.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
Bacaan Berkaitan
- 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
- 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di Malaysia tahun 2023
- 5 Telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia tahun 2023
- 5 Telefon terbaik bawah RM1,000 di Malaysia tahun 2023
- 5 TV 65 inci terbaik bawah RM3,000 (Jun 2023)
- 5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (Tahun 2023)