• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Haier Malaysia akan lancar TV OLED paling besar tahun depan, Aaron-Soh kekal sebagai duta

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:44 am
  • 21/12/2023
  • Komen
231220 Haier Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Haier Malaysia melancarkan pelbagai produk baharu ke dalam pasaran elektronik pengguna dan  peralatan rumah untuk tahun 2024, seperti mesin basuh, pendingin hawa, peti sejuk, peti beku, pemanas air, perkakasan dapur dan TV. 

231220 Haier Malaysia

Pelancaran produk-produk tersebut menggariskan komitmen Haier untuk meningkatkan gaya hidup pengguna menerusi falsafah ‘ Smart Living’ dengan kualiti produk yang unggul dan lebih memudahkan pengguna.



TV OLED terbesar, 98 inci

Sudah tentu, produk yang menarik perhatian adalah perancangan Haier untuk memperkenalkan TV OLED 98 inci. 

Sebelum ini, TV terbesar yang pernah dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Haier adalah TV QLED 98 inci H98S900UX. Ia dilengkapi panel QLED 120Hz resolusi 4K, warna HDR Dolby Vision IQ bersama sistem audio Dolby Atmos Harmon Kardon 2.1 Surround.



231220 Haier Malaysia

TV tersebut turut menyokong local dimming untuk menggelapkan permukaan hitam serta mencerahkan permukaan yang terang bagi menghasilkan kontras tinggi dan ia dijual pada harga RM29,999.

Manakala TV OLED 98 inci yang bakal diperkenalkan Haier akan dilengkapi paparan OLED 120Hz 4K bersama Dolby Vision IQ dan menyokong local dimming yang dapat memberikan kualiti paparan gambar lebih kontras dan menjadikan visual lebih jelas dan nyata.

231220-Haier-Malaysia

Selain boleh dihubungkan dengan Google TV dan fungsi kawalan suara medan jauh (Far Field Voice Control), TV keluaran Haier itu juga akan dipasangkan sistem audio Dolby Atmos Technology dan Harmon Kardon.

TV OLED pertama Haier

Sebenarnya dalam tahun ini juga, Haier baru memperkenalkan TV OLED pertamanya di Malaysia, H65C900UX  (65 inci) dan H55C900UX (55 inci) pada sekitar bulan Oktober 2023. 

231220 Haier Malaysia

Kedua-dua TV OLED itu menggunakan panel OLED beresolusi 4K, paparan warna HDR dengan Dolby Vision IQ. Sistem audionya terdiri daripada Dolby Atmos dan pembesar suara Harman Kardon 2.1 Surround. 

Ia boleh dihubungkan dengan Google TV untuk pelbagai aplikasi dan akses kepada kandungan video. Haier 65″ H65C900UX dijual pada harga RM15,999, manakala 55″ H65C900UX dijual pada harga RM7,499.

Kalau yang 55 inci pun harganya mencecah RM7,500, anggaran anda berapa pula harga untuk TV OLED 98 inci itu ya?

Duta kempen Haier

Dalam majlis yang sama, Haier turut melanjutkan kerjasama dengan pasangan beregu badminton kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk terus menjadi duta Haier Malaysia untuk tahun 2024. 

231220 Haier Malaysia
(dari kiri) Penolong Pengarah Pemasaran Jenama Haier Malaysia, Julian Thean; Duta Haier Malaysia, Aaron Chia; MD Haier Malaysia, Fan Jing; Duta Haier Malaysia, Soh Wooi Yik; COO Haier Malaysia, Patrick Seow dan Pengarah Pemasaran & Jualan Haier Malaysia, William Wang

Pemilihan kedua-dua atlet tersebut bertujuan memberikan inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar impian dan berusaha mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan.

Pasangan pemain badminton yang berada di tempat ketiga di dunia itu telah berjaya merangkul kejuaraan sulung dalam kejohanan siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mengungguli Terbuka Denmark 2023 pada Oktober 2023, selepas enam tahun penantian.

Tags: haierHaier MalaysiaTV OLEDTV QLED
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
231220 Haier Malaysia

Haier Malaysia akan lancar TV OLED paling besar tahun depan, Aaron-Soh kekal sebagai duta

21 December 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER