• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kereta elektrik Mercedes Benz EQB terbakar ketika mengecas di pusat pengedaran

  • OLEH Najib
  • 11:33 pm
  • 31/12/2023
  • Komen
Kereta elektrik Mercedes Benz EQB terbakar ketika mengecas di pusat pengedaran
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu tanggapan salah yang sering bermain di minda orang ramai adalah, kenderaan elektrik (EV) mudah terbakar kerana menggunakan bateri yang besar. Perkara ini sebenarnya kurang tepat kerana EV dan kereta petrol mudah terbakar kerana bahan mudah terbakar yang digunakan, tetapi pelbagai langkah keselamatan yang ketat telah diambil dalam penghasilannya. Cuma, sekali-sekala kita akan mendengar berita tentang EV atau kereta petrol terbakar akibat sesuatu. Tetapi apabila ia melibatkan EV, ia akan mendapat lebih perhatian.

Perkara ini dapat dilihat berlaku dalam satu kemalangan petang tadi. Sebuah EV keluaran Mercedes Benz iaitu EQB 350 telah terbakar di Johor, seperti dalam video yang tersebar di media sosial ini. Apa yang lebih mengejutkan, perkara ini berlaku di cawangan pengedar Mercedes di Skudai, iaitu Cycle & Carriage Johor Bahru semasa ia sedang mengecas menggunakan pengecas DC.



sumber

Menurut Buletin TV3, kebakaran ini dilaporkan pukul 2.45 petang, memusnahkan 90% kereta dan 20% stesen pengecas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor menyatakan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Ini boleh dikatakan kebakaran berkaitan EV sangat menarik perhatian, selepas sebuah Tesla Model Y terbakar di Puchong pada Oktober.

[Sumber: Buletin TV3, CariCarz]



Baaan Berkaitan

  • Tesla Model Y dirakam terbakar di Puchong
  • Bomba sahkan Model Y terbakar di Puchong, 70% badan terbakar
  • Mercedes EQE 350+, EV E-Class yang mampu berjalan lebih 600km dengan sekali cas
Tags: EQB 350EV MalaysiaMercedesmercedes benz
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Kereta elektrik Mercedes Benz EQB terbakar ketika mengecas di pusat pengedaran

Kereta elektrik Mercedes Benz EQB terbakar ketika mengecas di pusat pengedaran

31 December 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN