• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal dwi-skrin Nubia X mula dibuka sekarang

  • OLEH Najib
  • 8:22 pm
  • 13/11/2018
  • Komen
Tempahan awal dwi-skrin Nubia X mula dibuka sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun jenama Nubia macam malu-malu semalu dengan pasaran Malaysia, siapa sangka telefon pintar terhebat mereka yang baru dilancarkan di China minggu lepas, telah mula membuka tempahan di Malaysia. Nubia X merupakan sebuah telefon pintar berkuasa tinggi dengan inovasi skrin nirbingkai tanpa kamera hadapan.

Pelbagai usaha menjadikan bingkai nipis telah dibuat seperti mekanisma modul kamera yang boleh disimpan, atau melungsur skrin untuk menggunakan kamera hadapan. Tetapi Nubia X mengambil langkah berbeza apabila membuang terus kamera hadapan dan memasang skrin kedua di belakang telefon.



Dengan cara ini, pengguna Nubia X masih boleh mengambil swafoto menggunakan kamera utama di belakang dengan melihat previu di skrin kedua, juga di belakang. Nubia X menggunakan kamera AI dwi-lensa, 16MP F1.8 + 24MP F1.7 di belakang.

Nubia X memiliki skrin utama LCD 6.26-inci dengan resolusi HD Penuh+ dalam nisbah 19:9. Skrin ini memenuhi 93.6% ruang hadapan, hampir sama dengan OPPO Find X. Skrin kedua pula berukuran 5.1-inci dengan resolusi HD+ dalam nisbah 19:9 juga.



Selain digunakan untuk mengambil gambar swafoto, skrin kedua ini yang juga peka sentuhan, boleh digunakan sebagai butang tambahan semasa bermain game. Ia juga membuka lebih banyak ruang untuk pelbagai kegunaan di aplikasi lain.

Kuasa hebat terdapat pada Nubia X seperti penggunaan cip pemproses Snapdragon 845, RAM LPDDR4X antara 6GB dan 8GB, serta storan dalaman UFS2.1 bersaiz 64GB, 128GB atau 256GB. Tiada slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Oleh kerana ia memiliki skrin di depan dan belakang, Nubia X dipasang pengimbas capjari di sisi. Bukan satu, tetapi pengimbas capjari ini terdapat di kedua-dua belah sisi telefon.

Untuk tenaga, Nubia X dipasang bateri 3,800mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 melalui sambungan USB-C. Sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan antaramuka nubia UI 6.0.2 menjadi nadi penggerak telefon ini.

Kepada yang berminat untuk memiliki Nubia X, ia kini boleh ditempah di Stor Rasmi Nubia di Shopee. Ia ditawarkan dalam 2 variasi dengan harga seperti berikut:

  • Nubia X Deep Gray (8GB+128GB) – RM2,469
  • Nubia X Sea Blue (8GB+128GB) – RM2,519
  • Nubia X Black Gold (8GB+128GB) – RM2,469
  • Nubia X Black Gold (8GB+256GB) – RM2,819
  • Nubia X Blue Gold (8GB+256GB) – RM2,869

Tidak pula dinyatakan bilakah ia akan mula dijual, tetapi tempahan awal di Shopee ini akan dihantar dalam tempoh 30 hari. Facebook Nubia Malaysia pula menyatakan, Nubia X dijangka akan mula dijual di Malaysia sebelum Januari 2019.

Langkah yang diambil oleh Nubia X untuk mencipta skrin nirbingkai memang sangat menarik. Malah ia lebih mudah dan selamat kerana tiada sebarang model bergerak digunakan. Jangan lupa untuk membuat tempahan awal di Shopee jika anda suka dan mahu menjadi pemilik terawal Nubia X di Malaysia.

Tags: NubiaNubia X
Najib

Najib

POPULAR

Tempahan awal dwi-skrin Nubia X mula dibuka sekarang

Tempahan awal dwi-skrin Nubia X mula dibuka sekarang

13 November 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER