Xiaomi hari ini mengumumkan barisan Redmi Note 13, telefon kelas pertengahan pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia. Sebanyak 4 varian dilancarkan sekali gus dengan beberapa pilihan kombinasi RAM dan storan disediakan pada pelbagai peringkat harga untuk memenuhi semua keperluan bajet pengguna.
Harga siri Redmi Note 13 di Malaysia
Siri Redmi Note 13 akan mula dijual di Malaysia bermula 20 Januari 2024. Berikut adalah harga jualan siri Redmi Note 13:
- Redmi Note 13 Pro+ 5G (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,999
- Redmi Note 13 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599
- Redmi Note 13 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,399
- Redmi Note 13 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
- Redmi Note 13 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899
- Redmi Note 13 4G (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM749
Seperti biasa, ada promo pelancaran diadakan dalam tempoh terhad. Pembeli Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Note 13 Pro 5G akan terima seunit Redmi Buds 4 Active bernilai RM119 dan juga Xiaomi Smart Band 8 Active yan gbernilai RM129.
Pembeli Redmi Note 13 5G dan Note 13 4G pula akan terima Redmi Buds 4 Active sahaja bernilai RM119. Tak terhad dengan itu, Redmi Note 13 ditawarkan pada harga promosi RM699 secara dalam talian sahaja dalam tempoh terhad.
Spesifikasi Redmi Note 13 Pro+ 5G
Redmi Note 13 Pro+ 5G adalah varian tertinggi dalam keluarganya dan seperti yang digembar-gemburkan, ini adalah Redmi Note pertama yang kalis air pada tahap kekalisan IP68.
Telefon ini diperkasa cip Mediatek Dimensity 7200-Ultra. Untuk makluman, cip yang sama turut digunakan pada telefon tahun sudah seperti Vivo V27. Bagi pasaran Malaysia, kombinasi RAM dan storan yang ditawarkan kepada pengguna di sini adalah RAM 8GB + storan 256GB ataupun RAM 12GB + storan 512GB.
Beralih ke panel paparan, Redmi Note 13 Pro+ 5G memperagakan panel paparan AMOLED sebesar 6.67” beresolusi 2712 x 1220 (FHD+) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kadar kecerahan yang mampu dicapainya adalah pada takat 1,800nits dan panel tersebut dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus.
Di jabatan pengimejan, kamera 200MP mengepalai kelengkapan mengambil gambar belakang telefon ini. Selain sensor kamera bresolusi tinggi, ia juga dilengkapi OIS untuk kestabilan imej sewaktu mengambil gambar. Disamping kamera utama, ia juga ada kamera utlralebar 8MP dan kamera 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.
Bateri yang menguasakan telefon ini adalah yang berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong sistem pengecasan pantas 120W dengan blok pengecas tersedia di dalam kotak./ima
Berbanding Redmi Note 12 Pro+ 5G yang masuki Malaysia dalam tahun 2023, antara perubahan yang dapat diperhatikan selain kekalisan air adalah seperti penggunaan SoC yang lebih baharu sementara kombinasi RAM dan storan juga dipertingkat sekali ganda.
Resolusi panel paparan juga lebih tinggi beserta perlingdungan kaca Corning Gorilla Glass yang lebih baharu. Malangnya, tiada sebarang naik taraf diperhatikan pada kelengkapan kamera. Spesifikasinya kekal sama merentasi generasi. Lagi yang dikekalkan adalah kapasiti bateri dan juga blok pengecas 120W.
Bacaan berkaitan
Redmi Note 13 Pro+ 5G Malaysia: Telefon IP68 pertama jenama itu pada harga bermula RM1,599
Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Dimensity 7200-Ultra dengan naik taraf besar di kamera
Redmi Note 13 5G Malaysia : Sedikit turun taraf demi sambungan generasi baharu
Redmi Note 13 Malaysia: Hampa kerana harga naik, spesifikasi sama