• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Watch 4 Malaysia: Skrin AMOLED diperbesar dengan hayat bateri 20 hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:18 pm
  • 16/01/2024
  • Komen
Redmi Watch 4 Malaysia: Skrin AMOLED diperbesar dengan hayat bateri 20 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan siri Redmi Note 13, pengeluar telefon terkenal itu turun memperkenalkan Redmi Watch 4 ke dalam ekosistem produk mereka. Ia adalah jam tangan mampu milik yang ada rekaan petak mengambil inspirasi daripada Apple Watch.

Harga Redmi Watch 4

Redmi Watch 4 ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM459 dan telahpun mula dijual.



Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan jam tangan ini pada harga promosi RM379 sehingga 2 Februari 2024 ini. Anda boleh dapatkannya secara dalam talian sama ada melalui Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi Redmi Watch 4

Redmi Watch 4 adalah sebuah jam tangan penjejak aktiviti mampu milik. Muka jamnya dilengkapi panel AMOLED sebesar 1.97” dengan kadar segar semula dinamik antara 5Hz hinggga 60Hz sebagai langkah penjimatan bateri. Kecerahan puncak panel ini direkodkan pada 600 nits. Berbanding generasi terdahulu, paparan model kali ini hampir 13% lebih luas.



Ciri-ciri menarik daripada Redmi Watch 3 tetap diwariskan kepada Watch 4. Anda dapat jam tangan yang ada mikrofon dan speaker untuk anda dengar audio ataupun jawab panggilan terus daripada pergelangan tangan. Sistem penjejak satelit juga kekal dengan antena penerimaan isyarat daripada GPS, Galileo, Glonass, BeiDou dan QZSS.

Pada segi menjejak aktiviti, sensor yang Redmi berikan pada Watch 4 adalah seperti pegimbas denyutan nadi dengan sokongan mengukur ketepuan oksigen dalam darah. Kemudian, ia ada akselerometer, giroskop dan kompas elektronik untuk kemudahan. Dengan gandingan sensor-sensor ini, ia boleh mejejak lebih 150 jenis aktiviti dan data boleh disalurkan kepada telefon pintar untuk tujuan analisis.

Disebabkan badannya yang besar, kapasiti bateri juga telah diperbesar. Ia menjadikan hayat bateri Redmi Watch 4 67% lebih panjang berbaling sepenuhnya. Jam tangan ini boleh berkhidmat selama 20 hari lamanya berbekalkan tangki bateri sebesar 470mAh.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Redmiredmi watch 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Watch 4 Malaysia: Skrin AMOLED diperbesar dengan hayat bateri 20 hari

Redmi Watch 4 Malaysia: Skrin AMOLED diperbesar dengan hayat bateri 20 hari

16 January 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER