• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile naik taraf U Postpaid dengan data berganda sehingga 300GB

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:10 pm
  • 17/01/2024
  • Komen
U Mobile naik taraf U Postpaid dengan data berganda sehingga 300GB
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile didapati telah menambah kuota Internet beberapa pelan pascabayar mereka. Peningkatan paling banyak ialah U Postpaid 68 yang meningkat daripada 200GB kepada 300GB (+50%) sementara U Postpaid 38 naik daripada 60GB kepada 120GB (+100%).

Walau bagaimanapun, U Postpaid 98 tidak menerima sebarang peningkatan kuota dan kekal berada pada takat 1,000GB.



Tahun 2023 lalu, U Mobile mengambil langkah yang serupa apabila menggandakan kuota Internet U Postpaid 38 mereka kepada 60GB. Sekiranya sifir yang sama digunakan, adakah pengguna bakal nikmati kuota 240GB dalam tahun 2025 kelak?

U Postpaid 38 adalah pelan pascabayar paling murah daripada U Mobile pada harga RM38/bulan. Selain kuota Internet 120GB, pengguna juga menerima akses panggilan suara tanpa had untuk rangkaian tempatan. U Postpaid 68 pula berada di tengah-tengah pada harga RM68/bulan. Ia juga menikmati panggilan suara tanpa had disamping beberapa manfaat tambahan lain.



Contohnya, U Postpaid 68 menikmati kemudahan perayauan antarabangsa menggunakan kuota sedia ada untuk negara Indonesia, Singapura, dan Thailand. Pengembara yang mengaktifkan perayauan untuk tiga negara ini juga boleh menerima pangiglan suara secara percuma.

Sumber: U Mobile

Tags: telcou mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
U Mobile naik taraf U Postpaid dengan data berganda sehingga 300GB

U Mobile naik taraf U Postpaid dengan data berganda sehingga 300GB

17 January 2024
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN