• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung SSD 990 EVO dilancar, 5GB/s pada harga bawah RM600

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:56 am
  • 08/02/2024
  • Komen
Samsung SSD 990 EVO dilancar, 5GB/s pada harga bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronics telah mengumumkan satu SSD baharu yang menggunakan nama model SSD 990 EVO. Daripada segi spesifikasi, ia dilihat ditujukan kepada pengguna yang melakukan pengkomputeran berat dan memerlukan storan yang mampu melakukan perpindahan data dengan pantas contohnya permainan berat, AR/VR, dan yang seangkatan dengannya.

SSD 990 EVO katanya bawakan naik taraf yang nyata berbanding 970 EVO Plus sebelum ini. Ia menawarkan perbezaan prestasi sehingga 43%. Kelajuan sequential read dilapor boleh mencecah 5GB/s manakala kelajuan write pula mencecah sehingga 4.2GB/s.



Kelajuan tulis/baca rawak (IOPS) pula masing-masing boleh pergi sehingga 700,000 IOPS dan 800,000 IOPS. Sebagai perbandingan, 970 EVO Plus mempunyai spesifikasi 620,00 IOPS dan 560,000 IOPS.

Samsung mengguna pakai teknologi Host Memory Buffer (HMB) yang untuk memungkin kelajuan ini walaupun produk ini tidak mempunyai DRAM di atasnya.



Bukan sahaja lebih pantas, 990 EVO juga lebih cekap tenaga. Ia gunakan sehingga 5.5W untuk beroperasi berbanding 6.0W sebelum ini. Ia adalah penjimatan tenaga sebanyak sehingga 8% dan tenaga itu boleh diguna oleh komponen komputer lain yang lebih memerlukan. Penggunaan tenaga yang rendah bermakna ia juga menghasilkan haba yang lebih rendah.

Samsung menawarkan SSD 990 EVO dalam kapasiti 1TB dan 2TB. Melalui carian di gedung dalam talian, harganya masing-masing adalah RM599 (1TB) dan RM999 (2TB).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Samsung buka tempahan monitor Odyssey Ark 2 55” dan Odyssey G9 49”, diskaun sehingga RM5,700

Satu ciri ekslusif Galaxy S24 Ultra akan disebarluaskan ke Android lain Oktober 2024 ini

Samsung ambil langkah penjimatan untuk hasil Galaxy Z berharga rahmah

Tags: komputersamsungSSD
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung SSD 990 EVO dilancar, 5GB/s pada harga bawah RM600

Samsung SSD 990 EVO dilancar, 5GB/s pada harga bawah RM600

8 February 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN