Berhati-hatilah dengan laman web yang ingin dikunjungi, takut-takut ia adalah laman pendua yang berniat jahat. Itulah yang mungkin terjadi kepada fakulti Insitute of China Studies, Universiti Malaya. Didapati yang laman web seakan laman rasmi fakulti kelihatan mempromosikan perjudian dalam talian.
Kami sudahpun menghubungi pihak komunikasi korporat UM dan mereka memaklumkan yang laman rasmi fakulti yang dimaksudkan adalah di http://ics.um.edu.my/
Daripada carian ringkas di pengkalan data, domain icsum.org.my diaftarkan pada 13 Januari 2023 yang lalu tanpa sebarang maklumat tentang siapakah pemiliknya.
Disebabkan laman web tersebut menggunakan domain org.my, tidak sukar untuk pihak penguatkuasa mencari siapakah pemiliknya. Hal ini kerana, domain tersebut berada dalam kategori terkawal dan pemohon perlu mengemukakan Sijil Perakuan Pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebelum boleh membeli domain .org.my.
Modus operandi sebegini biasa digunakan untuk memancing mangsa yang tidak mempunyai cukup tahap kesedaran terhadap penipuan gaya ini. Contohnya, Kerajaan Malaysia pernah menguar-uarkan tentang laman web palsu terutamanya yang melibatkan bank. Dalam bulan September 2023 dulu, didapati yang adanya laman web palsu yang menyamar menjadi Bank Negara Malaysia.
Bacaan berkaitan
Awas scammer Ninja Van di WhatsApp minta muat turun APK semak parcel
PDRM edar akses Whoscall percuma, ini cara untuk tebus
Adakah anda mudah jadi mangsa ‘scammer’? Jom cuba kuiz ini untuk tahu jawapannya