• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sebut harga Berjaya 30% lebih murah berbanding YTL untuk projek lebuhraya MLFF?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:06 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
Sebut harga Berjaya 30% lebih murah berbanding YTL untuk projek lebuhraya MLFF?
Share on FacebookShare on Twitter

Tender untuk Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya Malaysia bakal ada pesaing baharu. Berdasarkan laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Berjaya Group katanya sedang bersiap sedia untuk menghantar sebut harga yang bernilai sekurang-kurangnya 30% lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh konsortium yang diterajui YTL.

Pihak Berjaya didakwa telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan 32 pemegang konsesi lebuh raya untuk mendapatkan maklum balas sebelum menghantar kertas kerja kepada Kementerian Kerja Raya. Dalam kertas kerja itu, antara maklumat yang katanya terkandung adalah cara implementasi MLFF.



Pihak Berjaya juga mencadangkan supaya pemegang konsesi dibenarkan untuk membina infrastruktur MLFF di atas laluan masing-masing sementara Berjaya ataupun syarikat pihak ketiga lain akan menyediakan servis memungut tol, yang katanya selari dengan kemahuan pemegang konsesi.

Sumber memberitahu FMT juga yang pemegang konsesi akan beroleh hasil pungutan pada hari berikutnya dan syarikat yang mengendalikan pungutan tol akan mengendalikan hal-hal seperti kebocoran perolehan apabila plaza tol berpalang tidak lagi beroperasi. Sumber juga ada menyebut yang pemegang konsesi hanya mahukan MLFF dipasang di lebuh raya utama Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor, lokasi kesesakan teruk berlaku dan hasilnya, penjimatan 30% ke atas kos pemasangan boleh dinikmati.



Malaysia sepatutnya menikmati sistem MLFF sebelum tahun 2025. Walau bagaimanapun, projek yang dianggarkan menelan belanja RM3.46 billion itu berdepan dengan halangan apabila pemegang konsesi tidak bersetuju dengan modus operandi MLFF yang dicadangkan. Hal ini kerana, pemegang konsesi melihat penganugerahan kontrak selama 20 tahun kepada KJS-SEP Synergy (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat proksi YTL dilihat sebagai melanggar perjanjian pemegang konsesi dengan kerajaan.

Sumber: FMT

Bacaan berkaitan

Pemegang konsesi lebuh raya kurang berkenan cadangan MLFF kerajaan, ini sebabnya.

Lebuhraya DUKE yang ke-12 sertai program sistem pembayaran tol terbuka

Lebuhraya Sungai Besi jadi lokasi pertama ujian tol bebas palang MLFF

Menuju lebuh raya MLFF tanpa monopoli TNG, apa kerajaan buat selama ini?

Tags: berjayaLebuhrayaMLFFytl
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026
Sebut harga Berjaya 30% lebih murah berbanding YTL untuk projek lebuhraya MLFF?

Sebut harga Berjaya 30% lebih murah berbanding YTL untuk projek lebuhraya MLFF?

19 February 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER