• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM200 untuk Wiko View2 Pro dalam waktu terhad

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 21/11/2018
  • Komen
Diskaun RM200 untuk Wiko View2 Pro dalam waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Wiko View2 Pro yang dilancarkan pada bulan Mei lepas, kini boleh dibeli RM200 lebih murah dari harga asalnya. Bagaimanapun, ia hanya boleh didapati menerusi Stor Wiko di Lazada sahaja.

Dari hari ini, 21 November sehingga 25 November 2018, orang ramai boleh membeli Wiko View2 Pro dengan diskaun RM200 di Lazada, dengan menggunakan kod WV2PRO200. Dengan diskaun RM200 ini, Wiko View2 Pro boleh dibeli pada harga RM799 sahaja, berbanding harga asalnya RM999.



Tawaran ini dibuat secara eksklusif, hanya di Lazada. Terdapat dua warna View2 Pro yang boleh dipilih, antara Hitam dan Emas.

Wiko View2 Pro adalah telefon pintar yang memiliki skrin bertakuk bulat. Skrin berukuran 6-inci ini memiliki nisbah 19:9 dan resolusi HD+.



Di dalam, ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 450, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Dua kad sim atau satu kad sim dan satu kad mikroSD boleh dipasang padanya. Bateri pula sebesar 3,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Kamera belakangnya menggunakan dua lensa dan disusun menegak. Ia gabungan dwi-sensor 16MP F1.75 dengan lensa kedua memiliki sudut lebar 120-darjah. Untuk kamera depan pula ia menggunakan sensor 16MP F2.0.

Pengimbas capjari terdapat di belakang View2 Pro, dan ia juga menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Maklumat lanjut tentang telefon pintar ini boleh dirujuk di laman produk Wiko View2 Pro.

Tags: View2 ProWiko
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Diskaun RM200 untuk Wiko View2 Pro dalam waktu terhad

Diskaun RM200 untuk Wiko View2 Pro dalam waktu terhad

21 November 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN