• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:43 pm
  • 27/03/2024
  • Komen
Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu siaran, Apple telah mengesahkan acara Worldwide Developers Conference (WWDC) untuk tahun 2024 bakal diadakan pada bulan Jun ini, seperti yang biasa dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Ia akan berjalan selama lima hari dari 10 Jun hingga 14 Jun 2024 bertempat di Apple Park.

Antara perkara baru yang akan dibawa oleh Apple pada WWDC tahun ini sudah tentunya pembaharuan pada semua sistem operasi mereka, khususnya iOS. Ini termasuk untuk iOS 18, iPadOS 18, macOS 15, watchOS 11, tvOS 18 dan juga visionOS 2, perisian set kepala Vision Pro terbaru yang diperkenal pada acara WWDC tahun lepas.



Selain sistem operasi, berkemungkinan Apple turut akan memperkenalkan beberapa perkakasan lain serta komputer Mac yang dikuasakan dengan cipset M3. Antara yang dijangka adalah Mac Studio dan juga Mac Pro dengan cipset M3, memandangkan MacBook M3 telahpun diumum pada awal bulan Mac ini. Langkah ini selari dengan apa yang dilakukan oleh Apple sebelum ini untuk komputer Mac yang dikuasakan M2 pada WWDC 2023.

Di samping itu, Naib presiden pemasaran global Apple juga memuat naik hantaran memaklumkan acara WWDC 2024 akan menjadi ‘Absolutely Incredible’. Dua huruf depan perkataan itu juga mungkin merujuk kepada ‘AI’ setelah terdapat laporan mengatakan Apple bakal menyuntik ciri AI ke dalam sistem operasi iOS 18.



Mark your calendars for #WWDC24, June 10-14. It’s going to be Absolutely Incredible! pic.twitter.com/YIln5972ZD

— Greg Joswiak (@gregjoz) March 26, 2024

Seperti biasa, acara WWDC 2024 akan diadakan secara dalam talian dan disiarkan secara langsung di YouTube, laman web Apple dan aplikasi pembangun Apple. Ucaptama WWDC ini juga boleh dihadiri oleh pembangun Apple yang berminat. Mereka yang hadir turut boleh menyertai aktiviti khas dan berpeluang berjumpa dengan ahli pasukan Apple. Ia boleh didaftar menerusi laman WWDC 2024 Apple.

[Sumber: Apple]

Bacaan berkaitan

  • Apple WWDC23 akan berlangsung pada awal Jun, dijangka umum iOS 17, macOS 14 dan Peranti AR/VR baharu
  • Satu acara khas dijadualkan dalam pada WWDC 2023, apakah ia?
  • Apple jemput pakar VR untuk WWDC 2023, petunjuk akan lancar produk VR?
Tags: appleApple WWDCApple WWDC 2024iOSipadosmacmacos
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI

Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI

27 March 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER