• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spotify bersiap sedia lancar pelan ‘Music Pro’ untuk penstriman audio lossless

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:50 pm
  • 16/04/2024
  • Komen
Spotify bersiap sedia lancar pelan ‘Music Pro’ untuk penstriman audio lossless
Share on FacebookShare on Twitter

Berita tentang Spotify mahu memperkenalkan langganan lebih mahal untuk tawar penstriman audio berkualiti tinggi telah lama diperkatakan. Ia telah wujud sejak tahun 2021 lagi, tetapi sehingga sekarang ia masih belum dilaksanakan. Namun, pelan tersebut mungkin akan diperkenal tidak lama lagi setelah terdapat laporan terbaru berkenaannya.

Menurut sumber, Spotify sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan pelan lebih mahal dengan ciri audio lossless dinamakan ‘Music Pro’. Ini berbeza dengan laporan terdahulu yang mengatakan pelan tersebut dinamakan Spotify HiFi atau ‘Supremium’. Oleh itu, nampaknya Spotify telah melupakan nama pelan audio lossless mereka sebelum ini.



Kod tersembunyi terbaru di dalam binaan aplikasi Spotify mendedahkan lebihan maklumat berkaitan dengan pelan ‘Music Pro’. Antaranya, ia akan membawakan sokongan audio lossless dengan sokongan fail audio FLAC sehingga 24-bit/44.1kHz. Sebagai perbandingan, lossless di Apple Music menawarkan kualiti penstriman dari 16-bit/44.1kHz sehingga 24-bit/192 kHz.

Kod di dalam binaan Spotify untuk Android

Selain itu, Spotify juga dikatakan akan menambah beberapa fitur baharu untuk pelan ‘Music Pro’ ini, mungkin untuk menambah nilai pada pelan yang lebih mahal. Ia termasuk untuk ciri remix bagi melajukan, mencampur dan mengedit semula lagu.



Di samping itu, laporan turut mengatakan bahawa Spotify akan menawarkan ciri pengoptimuman fon kepala untuk model tertentu dalam pelan ini, dan antara model yang disebut dalam kod tersebut adalah Apple AirPods. Dipercayai pelan ini juga mungkin akan menyediakan keupayaan untuk menghasilkan senarai main dan mencari lagu menggunakan AI.

Bagaimanapun, masih tidak jelas bila Spotify akan melancarkan pelan ‘Music Pro’ ini. Tetapi jika dilancarkan kelak, harganya pasti lebih mahal berbanding pelan Premium Spotify yang berharga RM15.90 untuk individu. Harga tersebut adalah harga baru selepas Spotify menaikkan harga langganan pelan premium individu dari RM14.90 ke RM15.90 sebulan.

Jika nak dibandingkan dengan Apple Music, Apple menawarkan penstriman audio lossless tanpa caj tambahan kepada pelanggan pada harga RM16.90 sebulan.

[Sumber: 9to5mac / The Verge]

Bacaan berkaitan

  • Pelan Supremium dikesan dalam kod aturcara app Spotify, harga USD19.99/bulan
  • Pelanggan Spotify premium meningkat 226 juta walaupun harga langganan naik, kenapa?
  • Harga langganan Spotify Premium naik di Malaysia, anda masih nak guna ke?
Tags: Music ProSpotify
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Spotify bersiap sedia lancar pelan ‘Music Pro’ untuk penstriman audio lossless

Spotify bersiap sedia lancar pelan ‘Music Pro’ untuk penstriman audio lossless

16 April 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN