• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sembang lebih kemas dan tersusun dengan penapis terbaru WhatsApp

  • OLEH Najib
  • 10:37 am
  • 17/04/2024
  • Komen
Sembang lebih kemas dan tersusun dengan penapis terbaru WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

Sembang kosong dan borak berilimiah di WhatsApp selepas ini boleh menjadi lebih tersusun dan kemas. Ini kerana WhatsApp baru sahaja melancarkan satu ciri baru yang sangat berguna, dipanggil sebagai ‘Chat Filters‘ atau penapis sembang.

Dengan Chat Filters, pengguna boleh mencari perbualan berkaitan dengan lebih mudah dan pantas. Malah, ia juga merubah susunan antaramuka utama WhatsApp.



Pengguna kini boleh melihat terdapat tiga penapis di bahagian atas muka utama iaitu All, Unread dan Groups. Hanya tekan penapis yang berkaitan untuk mencari perbualan yang diingini.

All adalah penapis lalai dan ia memaparkan semua perbualan WhatsApp anda.



Unread pula adalah penapis terbaik untuk anda mengetahui, perbualan mana yang masih belum dibaca. Ia termasuk di dalam penapis ini jika anda masih belum membaca mesej tersebut, atau anda menandakan mesej yang telah dibaca sebagai ‘unread’.

Groups adalah penapis yang dinanti ramai. Di sini, anda boleh melihat semua bilik sembang berkumpulan yang anda sertai. Berasingan dengan sembang peribadi secara berseorangan. ia juga akan memaparkan Communities di dalamnya.

Kemaskini mulai hari ini secara berperingkat

Jika anda masih belum mendapat ciri terbaru Chat Filters ini, jangan risau kerana ia sedang dikemaskini secara berperingkat kepada semua pengguna. Menurut WhatsApp, ciri Chat Filters mula diedarkan hari ini dan akan sampai kepada semua pengguna dalam masa beberapa minggu. Setakat ini, kami masih tidak menemuinya di mana-mana peranti Android dan iOS yang kami ada.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: Cara hantar ucapan raya di WhatsApp pada ramai orang sekali gus
  • Risau di mana ahli keluarga? Ini cara kesan lokasi guna telefon pintar (2024)
  • Whatsapp kini boleh susun senarai, petikan dan letak bayang dalam mesej perbualan
Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Sembang lebih kemas dan tersusun dengan penapis terbaru WhatsApp

Sembang lebih kemas dan tersusun dengan penapis terbaru WhatsApp

17 April 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER