• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bangun DRAM LPDDR5X 10.7Gbps, aplikasi AI akan terima manfaat besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:48 am
  • 18/04/2024
  • Komen
Samsung bangun DRAM LPDDR5X 10.7Gbps, aplikasi AI akan terima manfaat besar
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan yang mereka berjaya membangunkan modul RAM LPDDR5X terpantas dalam industri, sepantas 10.7Gbps. Ia lebih pantas berbanding modul sebelum ini yang catatkan kelajuan pada 8.5Gbps yang mereka lancarkan dalam tahun 2023 dulu.

Selain daripada pantas, Samsung katakan modul baharu ini mampu menampung kapasiti sehingga 32GB dalam satu pakej. Ia menandakan yang kapasiti maksimum DRAM boleh pergi lebih tinggi dan ia juga 25% lebih jimat tenaga.



Modul RAM LPDDR5X ini dikatakan pengeluarnya akan memanfaatkan aplikasi berasaskan AI yang melakukan pengiraan superpantas, contohnya dalam lapangan pembelajaran mesin dan pemperosesan rangkaian neural. Kapasiti yang besar membolehkan lebih banyak data disimpan dalam memori untuk disuap masuk ke dalam algoritma sewaktu pengiraan.

Lebih penting, penggunaan kuasa yang cekap membolehkan lebih banyak aplikasi berasaskan AI dijalankan terus di peranti-peranti kecil yang tidak mempunyai sumber kuasa yang besar, contohnya telefon pintar dan peranti poket yang lain.



Samsung menjangkakan modul LPDDR5X ini akan diguna pakai dalam peranti elektronik seawal Julai 2024.

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung lpddr5x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung bangun DRAM LPDDR5X 10.7Gbps, aplikasi AI akan terima manfaat besar

Samsung bangun DRAM LPDDR5X 10.7Gbps, aplikasi AI akan terima manfaat besar

18 April 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN