[Artikel ini dibawakan oleh Versa]
Jika anda mencari cara untuk meningkatkan lagi pulangan pelaburan, anda boleh menggunakan Versa. Ia merupakan perkhidmatan pengurusan kekayaan digital yang sedang berkembang pesat di Malaysia dan baru sahaja melancarkan kempen, Money Booster.
Kempen ini dijalankan oleh Versa untuk mendidik pengguna mengamalkan tabiat menyimpan, dengan memberi ganjaran kepada pengguna yang membuat simpanan dan pelaburan secara automatik. Versa mahu menjadi pemudah cara untuk orang ramai menyimpan dan melabur, menerusi aplikasi dengan antaramuka minimalis, mesra pengguna, auto debit dan sumber pendidikan. Dana-dana Versa diuruskan oleh salah satu daripada 3 pakar terkemuka pakar pengurusan dana di Malaysia, AHAM Asset Management Berhad.
Kempen Money Booster
Mulai 1 Mei 2024, pengguna Versa boleh menikmati pulangan tambahan 1% p.a di dalam Versa Cash atau Versa Cash-i, di samping kadar pulangan bersih bulanan. Sebagai contoh, kadar pulangan bersih untuk Versa Cash pada bulan Mac adalah 3.77% p.a. Dengan tambahan 1%, ia menjadikan kadar pulangan yang diterima naik kepada 4.77%, jika memenuhi terma dan syarat kempen.
Pengguna boleh memantau dan menyemak prestasi dana dan simpanan mereka secara terus di dalam aplikasi. Versa juga tidak mengenakan sebarang wang pendahuluan.
Cara menyertai kempen Money Booster
Untuk melayakkan pengguna menerima ganjaran tambahan 1% dalam kempen Money Booster, apa yang perlu dilakukan sangat mudah.
Langkah 1: Cipta akaun Versa dan masukkan RM1,000 ke dalam Versa Cash atau Versa Cash-i.
Langkah 2: Ada pilihan antara 2 di bawah
Pilihan 1: Tetapkan pelan auto debit dengan kadar minimum RM200/bulan ke dalam mana-mana dana Versa Invest (kecuali Versa Gold) untuk menikmati tambahan 1% p.a. pulangan bersih tertakluk kepada baki RM10,000 pertama yang terdapat di dalam akaun Versa Cash atau Versa Cash-i.
Pilihan 2: Tetapkan pelan auto debit dengan kadar minimum RM500/bulan ke dalam mana-mana dana Versa Invest (kecuali Versa Gold) untuk menikmati tambahan 1% p.a. pulangan bersih tertakluk kepada baki RM30,000 pertama yang terdapat di dalam akaun Versa Cash atau Versa Cash-i.
Berikut adalah dana Versa Invest yang boleh digunapakai bagi menetapkan pelan auto debit untuk melayakkan diri mendapat tambahan 1% p.a. pulangan bersih:
✅ Versa Global-i
✅ Versa SGD
✅ Versa Growth
✅ Versa Growth-i
✅ Versa Moderate
✅ Versa Moderate-i
✅ Versa REITs
Versa juga ada menawarkan dana yang patuh shariah.
Itu sahaja! Tidak perlu buat langkah lain kerana ia akan diberikan secara automatik kepada pengguna.
Versa sedang menawarkan promo pendaftaran istimewa untuk pembaca SoyaCincau! Gunakan kod VSOYACINCAU2 untuk dapatkan bonus RM10 apabila anda daftar akaun dan memasukkan wang minimum sebanyak RM100 ke dalam mana-mana dana Versa. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman kempen Versa Money Booster.