• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Data percuma Yes Databack di Shopee akan ditamatkan tidak lama lagi, tebus bakinya sekarang

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 07/05/2024
  • Komen
Data percuma Yes Databack di Shopee akan ditamatkan tidak lama lagi, tebus bakinya sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda salah seorang yang menikmati data percuma Yes Databack apabila membeli-belah di Shopee, maka nikmat itu akan ditarik tidak lama lagi. Ini kerana Yes akan menamatkan ganjaran Yes Databack ini tidak lama lagi.

Di halaman Yes Databack di Shopee, ia telah memaparkan notis penting bahawa data percuma Yes Databack akan tamat tidak lama lagi:



Yes FREE Databack Ending Soon!

To make the most of this offer before it ends, we encourage you to redeem your remaining databack before 31 May 2024.

Dalam notis ini, ia menasihatkan pengguna untuk menebus data percuma yang masih ada, sebelum 31 Mei 2024. Bermakna, bulan Mei adalah bulan terakhir data percuma Yes Databack boleh ditebus.

Dengan ini, tamatlah pemberian data percuma Yes setiap kali membeli-belah di Shopee. Jika anda tidak tahu, program Yes Databack telah dimulakan pada Disember 2020. Ia menawarkan data percuma sebanyak 5GB untuk setiap RM50 yang dibelanjakan di Shopee. Tiada had atau kedai tertentu, pembelian boleh dibuat dari mana-mana kedai yang terdapat di Shopee. Malah, pengguna boleh menerima sehingga 100GB data percuma sebulan apabila membeli-belah di Shopee.



Pada waktu itu, Yes menawarkan kad sim prabayar mereka pada harga RM1 sahaja, dengan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sekarang, pek permulaan prabayar Yes FT5G dijual pada harga RM15 termasuk penghantaran percuma, dengan kuota data 10GB berkelajuan tinggi tanpa sekatan dan sah selama 30 hari.

Yes kini menyediakan pelan prabayar tanpa had 5G, berharga RM30 sebulan. Pelan ini tiada sekatan kelajuan 5G, tetapi disekat kepada kelajuan 12Mbps bagi 4G. Kuota data tanpa had boleh digunakan di rangkaian 4G dan 5G, tetapi hotspot hanya diberikan sebanyak 12GB sahaja. Ia juga hadir dengan panggilan tanpa had ke talian tempatan.

Bacaan Berkaitan

  • Terima sehingga 100GB data Yes percuma setiap kali membeli-belah di Shopee
  • Pakej P-Hailing Rahmah: Yes 5G tawar 150GB pada harga RM35/bulan
  • Yes 5G Infinite dengan data tanpa had kini dari RM38/bulan, ada telefon percuma dengan SuperJimat
Tags: ShopeeYESyes 5gYes Databack
Najib

Najib

POPULAR

Data percuma Yes Databack di Shopee akan ditamatkan tidak lama lagi, tebus bakinya sekarang

Data percuma Yes Databack di Shopee akan ditamatkan tidak lama lagi, tebus bakinya sekarang

7 May 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN