• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peraduan PUMA X PLAYSTATION bolehkan anda memenangi Sony PlayStation 5

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:57 pm
  • 07/05/2024
  • Komen
Peraduan PUMA X PLAYSTATION bolehkan anda memenangi Sony PlayStation 5
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan pelancaran koleksi fesyen terbaru PUMA X PLAYSTATION pada pertengahan April lalu, Puma Malaysia telah mengumumkan tawaran menarik untuk meraikan pelancarannya. Bermula 1 Mei hingga 31 Mei ini, Puma mengadakan satu peraduan membolehkan anda berpeluang memenangi sebuah konsol Sony PlayStation 5 (PS5).

Untuk menyertainya, anda perlulah membeli mana-mana koleksi PUMA X PLAYSTATION dan memuat naik pakaian terbaru anda di Instagram. Hantaran itu juga perlu disertakan dengan tag @puma.malaysia dan meletakkan hashtag #PUMAPLAYSTATION di kapsyen. Dengan itu, anda akan berpeluang untuk membawa pulang PlayStation 5.



Selain daripada peraduan, Puma turut akan mengadakan aktiviti menarik di dua lokasi stor PUMA iaitu di Pavillion Bukit Bintang dan juga Sunway Velocity. Ia akan diadakan selama tiga minggu pada Sabtu dan Ahad iaitu pada 11-12 Mei, 18-19 Mei dan 25-26 Mei. Jika anda berjaya mendapatkan tempat pertama dalam permainan dan merekodkan masa terbaik, anda boleh memenangi hadiah eksklusif PUMA X PLAYSTATION.

Dalam masa yang sama, artis popular dan Duta jenama Puma, Meerqeen juga akan membuat penampilan di stor PUMA Pavillion KL pada Sabtu, 18 Mei bagi memeriahkan lagi acara ini.



Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi PUMA X PLAYSTATION dan menyertai peraduan untuk memenangi PS5, terdapat beberapa jenis koleksi pakaian tersedia. Antaranya adalah t-shirt, jaket, seluar, beg silang serta topi, dan ia dijual dari harga serendah RM195 sehingga RM539.

Anda boleh dapatkannya di laman web PUMA.COM, di stor fizikal PUMA dan di pengedar sah PUMA terpilih.

Bacaan berkaitan

  • PUMA X PLAYSTATION: Koleksi bergaya gabungan permainan dalam fesyen
  • Peminat di Malaysia boleh mula tempah PlayStation 5 Slim, harga bermula RM2,069
  • Sony PlayStation Portal diperkenal, konsol penstriman game PS5 disamping dua aksesori audio
Tags: playstationplaystation 5ps5pumaPuma MalaysiaPUMA x PLAYSTATIONsony playstation 5sony ps5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Peraduan PUMA X PLAYSTATION bolehkan anda memenangi Sony PlayStation 5

Peraduan PUMA X PLAYSTATION bolehkan anda memenangi Sony PlayStation 5

7 May 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER