• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Poco F6, telefon flagship mampu milik akan dilancar pada 23 Mei

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 14/05/2024
  • Komen
Siri Poco F6, telefon flagship mampu milik akan dilancar pada 23 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Poco memang dikenali ramai peminat peranti di Malaysia dan siri Poco F pula, adalah barisan telefon flagship mereka. Tidak lama lagi, Poco memaklumkan mereka akan melancarkan model terbaru flagship, siri Poco F6.

Dari perkongsian di media sosial rasmi Poco, majlis pelancaran siri Poco F6 akan diadakan pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Pelancaran ini sebenarnya akan diadakan di Dubai, pukul 7 malam waktu Malaysia. Tetapi ia boleh disaksikan secara atas talian, termasuk di YouTube dan Facebook.



Untuk perbandingan, terdapat dua model dilancar dalam siri Poco F5 tahun lepas. Poco F5 berkuasa Snapdragon 7+ Gen 2 dijual di Malaysia dari RM1,699. Manakala Poco F5 dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 pula berharga dari RM1,999.

Bagi siri Poco F6 yang akan dilancar ini, buat masa ini Poco baru berkongsi satu gambar belakang bagi Poco F6 dan Poco F6 Pro. Ia menunjukkan, Poco F6 dengan kemasan emas memiliki dua kamera belakang. Poco F6 Pro berwarna hitam pula ada tiga kamera belakang. Kedua-dua telefon memiliki label kamera 50MP OIS, pastinya merujuk kepada kamera utama.



Khabar angin yang tersebar di internet pula mengatakan, Poco F6 Pro adalah penjenamaan semula dari model Redmi K70 yang telah dilancar di China, dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Manakala Poco F6 akan menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3, pemproses versi lebih rendah kuasa daripada Snapdragon 8 Gen 3.

Selain itu, kedai rasmi Poco di Lazada dan Shopee turut menunjukkan kedua-dua model ini akan dilancar pada 23 Mei. Adakah ini bermakna, siri Poco F6 akan dijual di Malaysia setelah tamat majlis pelancaran?

Poco F6 dan Poco F6 Pro telah disenaraikan di kedai rasmi Poco di Lazada dan Shopee

Tahun lepas, Poco memberi diskaun sehingga RM300 untuk pembeli terawal siri Poco F5. Adakah tawaran lebih menarik akan diumumkan? Kita nantikan pelancaran siri Poco F6 pada 23 Mei nanti.

[Sumber: Poco]

Bacaan Berkaitan

  • Poco F5 & Poco F5 Pro tiba, ada pengecas wayarles, skrin WQHD+ dan storan besar 512GB
  • Poco X6 dikuasakan Snapdragon 7s Gen 2 baru dan skrin CrystalRes Flow AMOLED
  • Poco X6 Pro berprestasi flagship Dimensity 8300 Ultra, pertama dengan HyperOS
Tags: Pocopoco f6Poco F6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri Poco F6, telefon flagship mampu milik akan dilancar pada 23 Mei

Siri Poco F6, telefon flagship mampu milik akan dilancar pada 23 Mei

14 May 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER