• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MySejahtera ditambah fungsi MyTRIP, boleh guna kod QR untuk rentas sempadan Singapura

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:28 pm
  • 29/05/2024
  • Komen
MySejahtera ditambah fungsi MyTRIP, boleh guna kod QR untuk rentas sempadan Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan boleh merentasi sempadan Singapura menggunakan kod QR melalui MyTRIP. Ini setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan pelaksanaan penggunaan kod QR di dua pintu sempadan Malaysia dan Singapura yang akan dijalankan dalam fasa pertama percubaan bermula 1 Jun ini.

Apa itu MyTRIP?

Jika anda tertanya apa itu MyTRIP, ia adalah sistem identifikasi menggunakan kod QR di aplikasi MySejahtera yang membenarkan pengembara untuk merentasi sempadan Malaysia ke Singapura berbanding menggunakan pasport. Pelaksanaannya akan diimplementasi di dua lokasi pelepasan imigresen di Johor, iaitu di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Iskandar Puteri.



Untuk tempoh percubaan selama tiga bulan, ia bakal boleh digunakan untuk pengguna bas di BSI dan penunggang motosikal laluan M-Bike di KSAB. Kemudiannya akan diluaskan penggunaannya untuk kenderaan persendirian pada fasa kedua. Namun, berdasarkan tinjauan di laman FAQ MySejahtera, pada permulaan MyTRIP akan hanya boleh digunakan di pelepasan imigresen di KSAB.

Selain MyTRIP, penggunaan kod QR ini juga dikatakan tersedia di aplikasi MyDigital ID. Namun, setakat ini, nampaknya pelaksanaannya di MyDigital ID masih belum lagi dilakukan. Selain itu, kaedah manual dengan menggunakan pasport juga masih tersedia untuk tujuan pelepasan imigresen.



Penggunaan sistem kod QR MyTRIP ini direka untuk mempercepat dan memudahkan pelepasan imigresen. Ia juga antara pendekatan yang diambil untuk menangani kesesakan di sempadan Malaysia dan Singapura. Dikatakan yang ia mampu menjimatkan masa menunggu untuk pengguna bas daripada 120 minit kepada 15 minit, dan 40 minit kepada 30 minit kepada pengguna motosikal.

Siapakah yang boleh guna MyTRIP?

MyTRIP buat masa ini tersedia untuk digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja dengan perancangan perkembangannya kepada bukan warganegara pada fasa seterusnya. Perlu diingatkan bahawa pengguna juga masih perlu membawa pasport bersama sebagai dokumen perjalanan utama walaupun menggunakan MyTRIP.

Untuk cara guna MyTRIP, anda perlu memautkan pasport anda ke dalam aplikasi MySejahtera. Di halam utama aplikasi, akan terdapat ruangan khas MyTRIP dan tekan ‘Buka MyTRIP’. Seterusnya pilih hubungkan pasport dan ambil gambar pasport anda di bahagian MRZ. Setelah itu, anda boleh menjana kod QR untuk pemeriksaan imigresen.

Selain menjana kod QR, melalui aplikasi juga anda boleh lihat sejarah perjalanan menggunakan MyTRIP. Dalam masa yang sama, pasport boleh dihubungkan pada satu peranti pada satu masa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sokongan MySejahtera.

[Sumber: Sinar harian / MySejahtera]

Bacaan berkaitan

  • Sistem janji temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian melalui MySejahtera kini diperluas di seluruh Malaysia
  • Temu janji Pemeriksaan Kesihatan Pergigian boleh di tempah sekarang di MySejahtera, untuk Fasa 1
  • Anda akan boleh buat tempahan temu janji pemeriksaan pergigian di MySejahtera
Tags: aplikasi mysejahteramysejahteraMyTRIP
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
MySejahtera ditambah fungsi MyTRIP, boleh guna kod QR untuk rentas sempadan Singapura

MySejahtera ditambah fungsi MyTRIP, boleh guna kod QR untuk rentas sempadan Singapura

29 May 2024
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER