• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia Airlines kongsi gambar A330neo baharu mereka terus dari Toulouse, Perancis

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:28 am
  • 30/05/2024
  • Komen
Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis

Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis

Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Aviation Group (MAG) kini sedang bersiap sedia untuk menerima 12 pesawat baharu dalam usaha memodenkan pengangkutan mereka. 4 daripada pesawat itu ialah Airbus A330-900 (A330neo) yang sedang dibina di Toulouse, Perancis. Berkongsi kegembiraan itu, Malaysia Airlines berkongsikan beberapa gambar perkembangan di saluran media sosial.

Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis
Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis

Di platform X, A330neo pertama Malaysia Airlines kelihatan sedang berada di fasa akhir pemasangan. Dimulakan dengan fiuslaj utama, sayap, dan ekor tertera lambang ikonik wau, ia kemudiannya akan diteruskan dengan pemasangan komponen kokpit, enjin, tayar mendarat, kabel elektrik, komponen avionik, sistem bahan api, dan hidraulik. Sesudah itu, A330neo akan menjalani pemeriksaan menyeluruh, pemasangan kabin, dan akhirnya ujian penerbangan sebelum menuju ke Malaysia.



Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis
Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis

Berbalik kepada logo wau di bahagian ekor, kelihatan Malaysia Airlines menggunakan skema warna lama berbanding corak songket berwarna biru seperti yang tertera pada pesawat-pesawat yang lebih baharu, seperti Boeing 737-8.

Seperti yang dimaklumkan di awal artikel tadi, pemerolehan Airbus A330neo adalah sebahagian daripada inisiatif pemodenan fleet yang dijalankan MAG. Pesawat baharu ini dijangka akan menggantikan A330-200 dan A330-300 yang sudah berusia. Model baharu dilapor mampu menjimatkan 25% penggunaan bahan api dan lebih mesra alam, lantas selari dengan sasaran kelestarian alam organisasi tersebut.



240120-malaysia-airlines-a330-neo

Buat penumpang pula, anda boleh jangkakan ruangan kabin serba moden pada A330neo. Salah satu daripadanya adalah kerusi Business Class yang direka semula dan memberikan persekitaran lebih intim.

Malaysia Airlines A330neo, kerusi Business Class
Malaysia Airlines A330neo, kerusi Business Class

Ia menggunakan kerusi hasilan Collins Aerospace Elevations yang mempunyai ciri-ciri seperti pintu leret khas dengan susunan dalam konfigurasi 1-2-1. Setiap penumpang Business Class akan menerima skrin hiburan yang besar serta kelengkapan pengecasan wayarles untuk telefon.

Malaysia Airlines A330neo, kerusi Business Class
Malaysia Airlines A330neo, kerusi Business Class

Buat penumpang Economy Class, mereka akan duduk di atas kerusi Recaro CL3810 Economy Class. Di hadapan mereka akan ada skrin hiburan yang lebih besar berbanding yang ada di A330-300. Skima warna kabin juga diselarikan dengan susana kabin 737-8 iaitu warna biru dan kelabu cair.

Malaysia Airlines A330neo, kerusi Economy Class
Malaysia Airlines A330neo, kerusi Economy Class

Bacaan berkaitan

A330neo pertama Malaysia Airlines tiba akhir tahun ini, tawar rekaan tempat duduk baharu

Beg tangan eksklusif dihasilkan dari bahan kitar semula pesawat MAS, serendah RM882

Tags: a330A330neoAirbusAirbus A330Airbus A330neoaviationMalaysia Airlines
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Malaysia Airlines A330neo di Toulouse, Perancis

Malaysia Airlines kongsi gambar A330neo baharu mereka terus dari Toulouse, Perancis

30 May 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER