• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android kemas kini Mei 2024, terima ciri baharu di Google Messages, Home, dan WearOS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:02 pm
  • 31/05/2024
  • Komen
Android kemas kini Mei 2024, terima ciri baharu di Google Messages, Home, dan WearOS
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan 7 ciri baharu yang sedang mereka sebarluaskan kepada sistem operasi Android. Melalui hantaran blog, ia meliputi ciri baharu di Google Messages, Google Home, Google Wallet, Wear OS, dan kunci digital untuk kereta. Berikut adalah senarai penuhnya.

1. Sunting mesej yang telah dihantar

Dalam tempoh 15 minit selepas dihantar, mesej yang dihantar menggunakan protokol RCS boleh disunting, sama seperti anda menyunting mesej WhatsApp dan Telegram.



2. Berhubung dengan hotspot dengan pantas

Peranti berasaskan Android boleh cetuskan hotspot telefon Android secara automatik bila diperlukan, tak perlu pengguna pergi ke telefon Android untuk aktifkannya secara automatik.

3. Emoji boleh digabungkan

Papan kekunci Gboard menyediakan ciri menggabungkan dua emoji untuk beri lebih konteks kepada mesej. Contohnya, emoji muka digabungkan dengan emojo headfon untuk jadikan satu emoji baharu berupa muka memakai headfon.



4. Widget Google Home di perumah telefon

Widget Google Home boleh diletakkan di homescreen telefon untuk memudahkan anda mengawal kelengkapan rumah terus daripada muka depan telefon.

5. Google Home di Wear OS

Google Home juga kini boleh dikawal melalui Wear OS. Jadi kini anda ada lebih banyak cara untuk berinteraksi dengan kelengkapan rumau.

6. Pembayaran Wear OS kini sokong PayPal

Sebelum ini, PayPal boleh menggunakan Google Pay di telefon untuk pembayaran. Kini, ciri yang sama turut hadir di peranti Wear OS. Maka, pengguna tak perlukan telefon untuk transaksi pembayaran. Namun, ciri ini hanya ada untuk pasaran A.S dan Jerman.

7. Kunci kereta digital

Pengguna boleh buka kereta-kereta terpilih menggunakan telefon. Beberapa model kereta Mini, Mercedes-Benza, dan Polestar telah/akan menyokong ciri ini dalam masa terdekat.

Sumber: Google

Tags: androidgoogle homewearos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Android kemas kini Mei 2024, terima ciri baharu di Google Messages, Home, dan WearOS

Android kemas kini Mei 2024, terima ciri baharu di Google Messages, Home, dan WearOS

31 May 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN