• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Smart Monitor edisi 2024 ditambah baik dengan cip NQM AI

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:51 pm
  • 11/06/2024
  • Komen
Samsung Smart Monitor edisi 2024 ditambah baik dengan cip NQM AI
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengemas kini penawaran monitor pintar siri M mereka. Model yang terlibat ialah Samsung Smart Monitor M8, M7, dan M5. Model baharu hadir mendukung nombor model M80D, M70D, dan M50D berbanding M80C, M70C, dan M50C pada generasi sebelumnya. Ada beberapa naik taraf yang boleh anda temukan pada generasi kali ini.

Paling utama adalah ia kini diperkasa cip pemproses Samsung NQM AI yang membuka lebih banyak potensi penambahbaikkan kepada monitor ini. Untuk model M8 dan M7 versi UHD iaitu yang ada panel paparan 4K UHD, ia ada ciri AI Upscaling yang akan menaikskalakan sumber bawah FHD contohnya, menjadi setajam 4K.



Untuk model 4K UHD dan yang selainnya mereka ada Active Voice Amplifier Pro yang menggunakan algoritma untuk menganalisis spektrum audio dan memperkuat frekuensi yang melibatkan suara khususnya dialog. Ia juga ada 360 Audio Mode bila disambungkan kepada Galaxy Buds.

Workout Tracker adalah satu lagi ciri baharu yang dimasukkan kedalam monitor pintar Samsung ini. Ia boleh berintegrasi dengan Galaxy Watch anda untuk paparkan data kecergasan di atas skrin secara masa nyata. Ia akan emudahkan anda memantau prestasi senaman.



Seperti biasa, monitor pintar ini hadir dipasang pelbagai aplikasi penstriman. Anda boleh tonton kandungan Netflix, YouTube, Disney+ Hotstar, Viu, dan banyak lagi tanpa perlukan sebarang perkakasan tambahan.

Berikut adalah harga barisan Samsung Smart Monitor edisi 2024:

  • Smart Monitor M8 M80D (32”, UHD. Putih) – RM3,488
  • Smart Monitor M7 M70D (43”, UHD, Hitam) – RM2,288
  • Smart Monitor M7 M70D (32”, UHD, Putih) – RM1,888
  • Smart Monitor M7 M70D (32” UHD, Hitam) – RM1,788
  • Smart Monitor M5 M50D (32” FHD, Hitam) – RM1,388
  • Smart Monitor M5 M50D (32” FHD, Hitam) – RM1,288

Anda boleh layari laman rasmi Samsung Smart Monitor untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungsamsung smart monitorsamsung smart monitor m5samsung smart monitor m7samsung smart monitor m8
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Samsung Smart Monitor edisi 2024 ditambah baik dengan cip NQM AI

Samsung Smart Monitor edisi 2024 ditambah baik dengan cip NQM AI

11 June 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER