• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei FreeBuds 6i, fon putik ANC dengan kalis air IP54 pada harga RM399

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:44 pm
  • 19/06/2024
  • Komen
Huawei FreeBuds 6i, fon putik ANC dengan kalis air IP54 pada harga RM399
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu pelancaran MateBook 14, Huawei Malaysia turut memperkenalkan fon putik FreeBuds 6i terbaru untuk pasaran tempatan. Ia adalah fon putik wayarles dengan fungsi penyaring hingar aktif ANC, serta tampil dengan rekaan menarik dan juga diiktiraf kalis percikan air.

Harga dan ketersediaan Huawei FreeBuds 6i di Malaysia

Bagi anda yang berminat, Huawei FreeBuds 6i boleh mula didapatkan bermula 7 Julai 2024. Namun, Huawei telahpun membuka tempahan awal untuk FreeBuds 6i mulai sekarang hingga 6 Julai 2024 dan harga jualan rasminya di Malaysia adalah berharga RM399.



Setakat ini, ia masih belum tersedia di stor online Huawei mahupun gedung rasmi Huawei di Lazada dan Shopee. Namun, sudah ada pengedar sah yang mula menyenaraikan FreeBuds 6i di stor mereka.

Spesifikasi Huawei FreeBuds 6i

Huawei FreeBuds hadir dengan bekas pengecas berbentuk bujur sama seperti generasi sebelumnya. Daripada segi audio, ia dimuatkan dengan pemandu dinamik bersaiz 11mm menawarkan frekuensi serendah 14Hz untuk bass yang berdentum, serta ada pengiktirafan audio Hi-Res.



Seperti yang dinyatakan, FreeBuds 6i adalah fon putik dengan fungsi penyaring hingar aktif ANC menggunakan tiga mikrofon yang dimiliki. Ia mampu menghalang bunyi luar sehingga 27dB dengan algoritma Intelligent Dynamic ANC 3.0. Algoritma tersebut dapat mengenal pasti bunyi persekitaran dan mengubah tahap ANC mengikut kesesuaian.

Hayat bateri yang ditawarkan adalah sehingga 8 jam untuk fon putik dan sehingga 35 jam bersama bekas pengecas. Mengecas hanya 10 minit pula didakwa Huawei dapat memberikan masa penggunaan 4 jam. Fon putik juga diiktiraf untuk ada kalis percikan air IP54.

Selain itu, ia juga datang dalam tiga pilihan saiz tip berbeza dan menyokong kawalan melalui sentuhan pada permukaan fon putik. Ia juga menyokong sambungan dwi-peranti serentak dan sambungan boleh dilakukan menggunakan Bluetooth 5.3. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan ungu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk FreeBuds 6i.

Bacaan berkaitan

  • Huawei MateBook 14 Malaysia : Diperkasa Intel Core Ultra 7 bersama skrin sentuh OLED 120Hz
  • Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499
  • Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599
Tags: fon putikHuawe FreeBuds 6iHuaweiHuawei Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Huawei FreeBuds 6i, fon putik ANC dengan kalis air IP54 pada harga RM399

Huawei FreeBuds 6i, fon putik ANC dengan kalis air IP54 pada harga RM399

19 June 2024
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN