• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kurin Airmed V5 Pro dan Pet P700, pembersih udara bergred perubatan dengan ciri AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:02 pm
  • 03/07/2024
  • Komen
Kurin Airmed V5 Pro dan Pet P700, pembersih udara bergred perubatan dengan ciri AI
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran pembersih udara di Malaysia sekarang didatangi dua model baharu daripada jenama Kurin, iaitu Airmed V5 Pro dan Pet 700. Bagi anda yang tidak tahu, syarikat Kurin adalah pengeluar produk pembersih udara yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2018 lagi.

Dua model terbaru Airmed V5 Pro dan Pet 700 ini bukan sahaja hadir dengan penapis bergred perubatan, malah turut memiliki fungsi pintar untuk diintegrasi dengan persediaan rumah serta ciri pintar AI membolehkan prestasi mesin dilaraskan secara automatik berdasarkan keperluan untuk jimat tenaga.



Kurin Airmed V5 Pro

Kurin Airmed V5 Pro adalah pembersih udara yang tampil dengan sistem penapis tiga lapisan yang merangkumi penapis karbon aktif, penapis antibakteria dan juga penapis H14 HEPA. Dengannya, ia mampu menyingkirkan bakteria dan zarah kotor di udara sebanyak 99.97%, malah termasuk untuk zarah sekecil 0.1 mikron.

Selain itu, ia juga memiliki lampu Ultraviolet-C (UVC) serta teknologi Airmed Ion yang bertindak untuk membasmi mikroorganisma, menjadikan udara di ruang persekitaran lebih segar. Di bahagian depan V5 Pro, terdapat skrin LED yang memaparkan kualiti udara semasa, serta fungsi sentuh dibawahnya untuk kawalan pembersih udara.



Daripada segi liputan pembersihan, ia ada tahap keberkesanan seluas 1,200 kaki persegi.

Selain itu, pembersih udara ini turut boleh disambungkan pada aplikasi Tuya Smart melalui WiFi, membenarkan kawalan yang lebih menyeluruh menggunakan telefon pintar, di samping menyokong kawalan suara melalui Google Assistant atau Siri.

Kurin Pet P700

Sementara itu, Kurin Pet 700 pula adalah pembersih udara yang lebih sesuai untuk pemilik haiwan perliharaan. Ia menggunakan tiga lapisan penapis Anti Allergen yang mampu memerangkap bulu dan bau haiwan perliharaan dengan sangat berkesan.

Berbanding HEPA H14, model Pet P700 ini menggunakan penapis HEPA H13+, di samping turut menampilkan penapis antibakteria, penapis karbon aktif. Menggunakan penapis-penapis tersebut, ia mampu membersihkan ruang udara dengan keluasan sehingga 710 kaki persegi.

Di samping itu, pembersih udara ini juga mengguna pakai teknologi dua saluran udara membenarkan peraliran udara yang lancar, sekali gus mempercepatkan pembersihan udara di dalam bilik. Untuk keselamatan kanak-kanak, ia ada rekaan ergonomik tanpa bucu tajam dan bahagian turbinnya juga ditutup sepenuhnya. Malah, terdapat juga fungsi kunci keselamatan untuk kanak-kanak.

Seperti V5 Pro, penggunaan pembersih udara ini boleh diintegrasikan melalui aplikasi untuk kawalan secara wayarles dan turut sokong kawalan suara melalui Google Home, Amazon Alexa dan Siri.

Harga Airmed V5 Pro dan Pet P700 di Malaysia

Berkenaan harga, pembersih udara Airmed V5 Pro dijual pada harga RM988, manakala Pet P700 pula pada harga RM998. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di stor online Kurin ataupun di stor rasmi Kurin di Lazada dan Shopee.

Tags: kurinKurin Airmed V5 ProKurin Pet P700pembersih udara
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Kurin Airmed V5 Pro dan Pet P700, pembersih udara bergred perubatan dengan ciri AI

Kurin Airmed V5 Pro dan Pet P700, pembersih udara bergred perubatan dengan ciri AI

3 July 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER