Oppo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar Oppo A3 Pro. Ia dibina dengan ketahanan menyeluruh, menampilkan rekaan ‘Badan Perisai Kalis-Rosak 360°‘. Ini menjadikannya sebuah telefon yang tahan jatuh, kalis debu dan percikan air IP54, serta menyokong sentuhan walaupun tangan yang basah.
Oppo turut menerapkan beberapa ciri AI ke dalam Oppo A3 Pro, antaranya AI Linkboost dan AI Eraser. Di samping itu, telefon ini memiliki hayat bateri yang panjang, serta menyokong pengecasan pantas SuperVOOC.
Harga dan Promosi Awal
Orang ramai boleh mula mendapatkan Oppo A3 Pro hari ini, 11 Julai 2024 dengan harga rasmi berikut:
- Oppo A3 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
Oppo juga ada menyediakan hadiah percuma untuk pembeli terawal. Dari sekarang hingga 31 Julai 2024, pembelian Oppo A3 Pro di mana-mana saluran akan menerima jaminan perlindungan skrin 180-hari bernilai RM209, secara percuma.
Kepada yang berminat membeli Oppo A3 Pro, ia ada dijual di semua kedai Jenama Oppo, pengedar sah Oppo, Stor Online Oppo serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.
Oppo A3 Pro turut terdapat di CelcomDigi dan boleh dibeli dari RM199, dengan kontrak Pakej MegaJimat CelcomDigi.
Spesifikasi Oppo A3 Pro
Oppo A3 Pro diiklankan sebagai telefon pintar yang sangat tahan lasak, dengan rekaan “Badan Perisai Kalis-Rosak 360°”. Ia juga dilengkapi fungsi “Splash Touch”, membenarkan sentuhan di skrin tidak terganggu walaupun dengan tangan basah.
Oppo menggunakan cip MediaTek Dimensity 6300 sebagai penggerak utama telefon Oppo A3 Pro. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4X 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 seluas 256GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan.
Bahagian skrin kelihatan rendah taraf. Ini kerana ia menggunakan skrin LCD 6.67-inci dengan resolusi HD (1604×720) sahaja. Ia ada kecerahan sangat tinggi 1000nits serta kadar penyegaran 120Hz. Telefon ini dilapisi kaca Panda, yang dikatakan sangat tahan lasak. Oppo turut memberikan sarung khas untuk perlindungan tambahan.
Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang, ia memiliki kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4. Telefon ini mampu digunakan agak lama dengan bateri berkapasiti 5,100mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W SuperVOOC dan pengecasan PD 13.5W.
Speaker di telefon ini hanya mono dengan kelantangan bunyi sehingga 300% dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Selain itu, telefon ini menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.3 dan NFC. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 14.0.1 berasaskan Android 14.
Oppo A3 Pro ditawarkan dalam dua warna, antara hitam dan ungu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A3 Pro.