• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 01/08/2024
  • Komen
Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Pengkalan data SIRIM dikesan mengandungi entri siri Google Pixel 9. Sebanyak tiga varian telah dicerap iaitu:

  • Google Pixel 9 Pro XL
  • Google Pixel 9 Pro
  • Google Pixel 9

Perkara ini signifikan kerana ia selangkah lebih hampar kepada realisasi yang akhirnya Google Pixel akan masuki Malaysia secara rasmi dan ini buktinya. Walau bagaimanapun, tiada pula entri Google Pixel 9 Pro Fold dikesan lantas menggambarkan bahawa telefon boleh lipat Google hampir pasti tidak akan dijual dalam pasaran kita untuk bersaing dengan Samsung Galaxy Z Fold6.



Apa maklumat yang kita ada tentang Google Pixel 9?

Maklumat rasmi tentang siri Google Pixel 9 masih tandus kecuali rupa fizikalnya yang dikongsikan sendiri pihak Google. Namun, ada beberapa maklumat terbocor yang boleh kita jadikan sandaran.

Dikatakan yang Pixel 9 Pro akan ada dalam dua size iaitu 6.8” dan 6.3”. Kemudian, varian bukan Pro hadir dalam panel papran 6.3” dan dibezakan melalui ketiadaan kamera ketiga disamping resolusi kamera selfie yang lebih rendah.



Lain-lain spekulasi adalah seperti penggunaan SoC G4 Tensor dengan varian berstoran seihngga 1TB.

Vstecs Astar Sdn. Bhd. sebagai pengimport sah Google Pixel?

Satu lagi maklumat menarik yang boleh diekstrak daripada pengkalan data SIRIM adalah entiti yang bertanggungjawab membawa masuk Google Pixel ke Malaysia. Kelihatan nama Vstecs Astars Sdn. Bhd. dilabelkan sebagai pemohon pensijilan SIRIM ke atas siri Google Pixel ini.

Vstecs Astar adalah sebuah syarikat ICT. Awal tahun 2024 lalu, mereka telah dilantik sebagai pengedar bertauliah kelengkapan Starlink di Malaysia dan seterusnya melantik Harvey Norman sebagai penjual rasmi pertama produk Internet satelit daripada syarikat Elon Musk itu.

Penglibatan mereka dalam menjadi penjual produk-produk ICT tidak terhenti di situ. Vstecs juga dilantik menjadi pengedar sah pertama di Malaysia untuk Amazon Web Services (AWS). AWS adalah produk pengkomputeran awan yang mengetengahkan ciri kebolehskalaan dan cekap kos.

Tags: androidGooglegoogle pixelpixel 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?

Siri Pixel 9 muncul di SIRIM, tanda pelancaran Malaysia tak lama lagi?

1 August 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN