• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIME bagi Router WiFi 7 percuma kepada pelanggan, pertama di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:39 pm
  • 08/08/2024
  • Komen
TIME bagi Router WiFi 7 percuma kepada pelanggan, pertama di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

TIME, penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap di Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan Router WiFi 7 percuma kepada pelanggan. Malah, ia adalah tawaran pertama seumpamanya di Malaysia.

Langkah TIME ini merupakan satu lagi usaha mereka untuk meningkatkan pengalaman internet untuk pengguna. Ia adalah kesinambungan kepada tawaran terkini TIME seperti Fibre-To-The-Room (FTTR), naik taraf percuma dari 100Mbps ke 200Mbps serta 500Mbps ke 600Mbps, dan juga pengenalan kontrak 12-bulan yang lebih singkat.



Dengan router WiFi 7, pelanggan boleh menikmati internet yang lebih pantas, lebih kapasiti dan lebih stabil. Ia akan memberikan pengalaman internet yang lebih menyenangkan untuk semua.

Router WiFi 7 percuma

Tawaran router WiFi 7 percuma ini diberikan kepada pelanggan terpilih. Tetapi untuk pelan lain, ia boleh dibeli sebagai naik taraf pada harga yang sangat mampu milik.



Untuk pelanggan baru, router WiFi 7 diberi percuma untuk pelan 600Mbps dan 1Gbps dengan kontrak 24-bulan. Untuk pelan 200Mbps, router WiFi 7 boleh dimiliki dengan membayar hanya RM99.

Pelanggan sedia ada pula, boleh membuat pilihan untuk menaik taraf router dari RM19/bulan menerusi portal TIME Self Care. Ada juga pilihan untuk mendapatkan Mesh WiFi 7 untuk meluaskan lagi liputan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran ini, layari laman web www.time.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Time tawar Internet 200Mbps pada harga RM69 untuk 16 lokasi ini
  • Pengguna TIME diminta restart router jika masih tiada internet
Tags: timewifi 7
Najib

Najib

POPULAR

TIME bagi Router WiFi 7 percuma kepada pelanggan, pertama di Malaysia

TIME bagi Router WiFi 7 percuma kepada pelanggan, pertama di Malaysia

8 August 2024
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN