• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?

  • OLEH Najib
  • 7:18 pm
  • 12/08/2024
  • Komen
Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Realme mengatakan mereka akan melancar pengecas paling pantas di dunia, ia tidak boleh dipandang ringan. Tahun lepas, Realme telah memperkenal kuasa mengecas 240W di dalam Realme GT 3 dan ia telah dijual di Malaysia. Tidak lama lagi, Realme mahu mengatasi rekod mereka sendiri dengan pengecas lebih berkuasa.

Tarikh untuk acara memperkenal pengecas berkuasa tinggi ini telah ditetapkan pada hari Rabu, 14 Ogos 2024. Realme juga baru berkongsi, bahawa teknologi pengecas yang akan mereka perkenal nanti adalah berkuasa 320W.



Tambah Realme, mereka akan memperkenal empat inovasi penting buat pertama kalinya yang memacu pencapaian ini iaitu kuasa mengecas, teknologi bateri, saiz penukar dan rekaan pengurangan kuasa. Di samping itu, Realme juga akan memperlihatkan beberapa teknologi terkini mereka selain kuasa mengecas, antaranya tentang AI, prestasi dan pengimejan.

Tahun lepas, Realme telah melancarkan GT Neo 5 di China pada bulan Februari, memiliki kuasa mengecas 240W dan mampu mengecas telefon dari 0-100% kurang dari 10 minit. Ia telah diperkenal di pentas antarabangsa di acara MWC 2023 tidak lama selepas itu. Bagaimanapun, ia hanya mula dijual Malaysia pada bulan Disember 2023.



Realme GT 3 240W

Sehingga kini, masih tiada pengeluar yang melancarkan peranti dengan kuasa mengecas lebih 200W di Malaysia. Dengan apa yang dihasilkan Realme sebelum ini, tidak mustahil kita boleh melihat sendiri peranti baru Realme dengan keupayaan mengecas 320W dijual di Malaysia tidak lama lagi.

[Sumber: Realme]

Bacaan Berkaitan

  • Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara
  • Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja
  • Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI
Tags: Realme
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?

Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?

12 August 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN