• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 pm
  • 14/08/2024
  • Komen
Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah 8 tahun, akhirnya telefon Google Pixel masuki pasaran Malaysia secara rasmi. Lebih menarik, pengumuman untuk pasaran Malaysia diumumkan tak lama selepas acara Made by Google yang memperkenalkan sejumlah peranti Google Pixel. Berikut adalah senarai peranti Google Pixel yang dibawa masuk ke Malaysia:

  • Google Pixel 9 Pro XL
  • Google Pixel 9 Pro
  • Google Pixel 9
  • Google Pixel Watch 3
  • Google Pixel Buds Pro 2

Google Pixel 9 Pro Fold tidak masuki Malaysia

Daripada senarai itu, anda boleh perhatikan yang Google Pixel 9 Pro Fold tidak dibawa masuk ke Malaysia.



Sewaktu majlis mini pelancaran yang diadakan Google Malaysia, soalan diajukan kepada Mike Abary, selaku naib presiden Devices and Services Business Asia Pacific, tentang mengapakah Pixel 9 Pro Fold tidak menyertai saudaranya yang lain.

Berikut adalah jawapannya:



The reason for that was because when we had made a decision to launch in Malaysia, the Pixel 9 Pro Fold was already into the development phase that was meant for the countries that we actually already in.

So, Malaysia will basically see next generation of Fold but not this generation.

Secara ringkasnya, Pixel 9 Pro Fold sudahpun berada dalam fasa pembangunan untuk pasaran yang peranti boleh lipat itu sudah pun tembusi. Dia memberi jaminan yang Pixel Fold seterusnya akan masuki Malaysia. Buat masa ini, negara paling dekat dengan kita yang tawarkan Pixel 9 Fold adalah Singapura.

Senarai harga Google Pixel 9 Pro XL di Malaysia

Dalam kalangan telefon yang dilancarkan Google, Pixel 9 Pro XL mempunyai varian paling banyak dan paling besar storannya. Ia boleh pergi sehingga 1TB. Berikut adalah senarai harga jualannya di Malaysia berdasarkan storan:

  • 128GB – RM5,699
  • 256GB – RM6,199
  • 512GB – RM6,799
  • 1TB – RM7,999

Pixel 9 Pro XL akan mula dijual pada 22 Ogos 2024. Tempahan awal untuk milikinya sudahpun dimulakan oleh SenQ, UrbanRepublic, Lazada, dan Shopee. CelcomDigi dan Maxis, dua telco utama Malaysia, turut menerima tempahan untuk memilikinya secara ansurans.

Dalam tempoh terhad, saluran-saluran rasmi pembelian siri Pixel 9 menawarkan promo naik taraf storan 2X percuma. Jadi anda boleh dapatkan varian 256GB pada harga 128GB dan seterusnya.

Spesifikasi Google Pixel 9 Pro XL

Google Pixel 9 Pro XL adalah varian paling besar dalam keluarganya. Telefon ini tampil dengan panel paparan Super Actua LTPO sebesar 6.8” pada resolusi FHD+. Panel ini memiliki kadar segar semula boleh laras antara 1 hingga 120Hz bergantung kepada kandungan yang dipaparkan.

Atas papan utama, Pixel 9 Pro XL diperkasa SoC Tensor G4, cip pemproses paling berkuasa pernah dihasilkan Google. RAM sebanyak 16GB dan storan seluas sehingga 1TB boleh dipilih pengguna. Berbalik kepada cip pemproses tadi, ia dibangun dengan fokus diberikan pada AI kerana siri Pixel 9 ialah Android pertama yang menyokong Gemini Nano Multimodal iaitu ia mampu memproses input yang bukan sekadar teks malahan input berbentuk audio ataupun video.

Berkata tentang video, Pixel 9 Pro XL ada tiga kamera belakang dan satu kamera depan. Bermula dari belakang, ia ada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 48MP, dan satu kamere telefoto 5 kali zum optikal juga mengguna pakai sensor 48MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 42MP.

Kapasiti bateri Pixel 9 Pro XL tidak mengalami perubahan ketara berbanding sebelumnya. Pixel 8 Pro XL dulu ada 5,040mAh manakala model baharu ini ada 5,060mAh. Apabila tenaganya perlu diisi, telefon ini menyokong blok pengecas 45W yang katanya ambil masa 30 minit untuk isi daripada hampir 0% kepada 70%.

Senarai harga Google Pixel 9 Pro di Malaysia

Semua mahukan telefon berkuasa tinggi tapi tak semua mahukan telefon yang berskrin besar. Buat pertama kalinya varian Pro diperkenalkan dalam saiz yang lebih kecil untuk pengguna nikmati kekuasaan Google Gemini dalam pakej yang lebih kompak. Berikut adalah senarai harga jualan Google Pixel 9 Pro di Malaysia berdasarkan storan:

  • 128GB – RM5,199
  • 256GB – RM5,699
  • 512GB – RM6,299

Pixel 9 Pro akan mula dijual pada dalam bulan September 2024. Saluran-saluran tempahan awal untuk mendapatkan produk ini masih belum dibuka.

Spesifikasi Google Pixel 9 Pro

Pixel 9 Pro mempunyai semua manfaat varian XL kecuali di saiz skrin dan kapasiti bateri. Telefon ini dilengkapi panel paparan sebesar 6.3” tapi masih mengekalkan panel OLED yang sama iaitu Super Actua LTPO beresolusi FHD+. Kapasiti bateri Pixel 9 Pro adalah pada paras 4,700mAh dengan pengecasan 45W.

Anda boleh temukan konfigurasi trikamera belakang yang sama. Anda akan beroleh kamera 50MP+48MP+48MP dibelakang dan 42MP untuk mengambil selfie. Semua ahli Google Pixel 9 menerima kemas kini Android sebanyak 7 generasi dan tampalan keselamatan pada setiap bulan untuk 7 tahun. Google sangat berbangga dengan penawaran ini.

Satu lagi tawaran menarik daripada Google adalah setiap pembelian siri Pixel 9 akan menerima langganan percuma Gemini Advanced bersama-sama 2TB Google Drive selama 1 tahun. Sebagai rujukan, yuran langgan Gemini Advanced untuk sebulan adalah RM97.99.

Senarai harga Google Pixel 9 di Malaysia

Pixel 9 adalah telefon versi bajet yang membolehkan pengguna Malaysia merasai manfaat Android 14 stock pada harga paling rendah. Varian ini satu-satunya yang ada harga bawah daripada RM4,000.

Satu perkara yang perlu anda ketahui adalah ada beberapa spesifikasi harus dikorbankan untuk memungkinkan harga tersebut. Berikut adalah senarai harga jualannya di Malaysia berdasarkan storan:

  • 128GB – RM3,999
  • 256GB – RM4,499

Pixel 9 akan mula dijual pada 22 Ogos 2024. Tempahan awal untuk milikinya sudahpun dimulakan oleh SenQ, UrbanRepublic, Lazada, dan Shopee. CelcomDigi dan Maxis, dua telco utama Malaysia, turut menerima tempahan untuk memilikinya secara ansurans.

Spesifikasi Google Pixel 9

Kalau bajet anda terhad dan masih ingin bergaya dengan telefon Google Pixel, inilah solusinya. Pada harga bawah RM4,000 anda beroleh telefon dengan kekuasaan Tensor G4, RAM 12GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya sama besar dengan Pixel 9 Pro pada ukuran 6.3” namun ia tidak menggunakan panel Super Actua sebaliknya hanya Actua biasa. Jadi, kadar segar semulanya adalah antara 60Hz hingga 120Hz.

Di bahagian kamera, ada beberapa kompromi perlu dilakukan. Pixel 9 hanya ada dua kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama dan kamera ultralebar. Varian ini tidak didatangkan dengan kamera telefoto 5x zum optikal. Sensor kamera depan pula diturun taraf daripada 42MP kepada 10.5MP.

Harga Google Pixel Buds Pro 2 di Malaysia

Google turut melancarkan satu produk audio untuk dipadankan dengan telefon baharu mereka. Menariknya fon ptuik Pixel Buds Pro 2 ini adalah ia diperkasa cip bangunan khas, katanya solusi pihak ketiga tidak memenuhi cita rasa mereka.

Pixel Buds Pro 2 ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,099. Ia akan mula dijual pada 22 September 2024 ini menerusi saluran CelcomDigi, Maxis, Urban Republic, Senheng/SenQ, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Pixel Buds Pro 2

Cip hasilan khas Google yang menjadi tunjang kepada Pixel Buds Pro 2 adalah Tensor A1. Ia katanya memberikan prestasi menyaring hingar aktif (ANC) dua kali ganda lebih baik berbanding sebelumnya tapi dalam masa yang sama cekap tenaga.

Fon putik generasi ini 24% lebih ringan dan 27% lebih kecil dengan sistem audio dikendalikan pemacu audio sebesar 11mm. Rekaan kebuk audionya diperhalusi untuk mempertingkat prestasi trebel yang penting untuk kejelasan vokal. Bagi menambah baik pengalaman audio, ia turut menyokong audio spatial dengan ciri penjejakan kepala.

Dengan satu bateri penuh, Pixel Buds Pro 2 boleh berkhidmat selama 8 jam dengan ANC terpasang. Bekas penyimpanannya boleh bekalkan tenaga untuknya beroperasi selama 30 jam tambahan.

Harga Google Pixel Watch 3 di Malaysia

Google Pixel Watch 3 adalah produk boleh pakai dalam siri Pixel yang masuki Malaysia tahun 2024. Untuk pasaran kita, varian LTE untuk jam tangan pintar ini tidak dibawa masuk dan kita cuma ada pilihan WiFi sahaja. Sebanyak dua saiz Pixel Watch 3 boleh dipilih dan berikut adalah harganya:

  • Pixel Watch 3 41mm – RM1,849
  • Pixel Watch 3 45mm – RM1,999

Pixel Watch 3 akan mula dijual pada 10 September 2024 ini menerusi saluran CelcomDigi, Maxis, Urban Republic, Senheng/SenQ, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Google Pixel Watch 3

Jam tangan pintar Google Pixel Watch 3 ditawarkan dalam saiz 41mm dan 45mm. Komponennya sebahagian besar adalah sama kecuali pada kapasiti bateri. Menariknya, walaupun saiz bateri yang berlainan, hayat bateri kedua-duanya masih melebihi 24 jam lamanya.

Varian 41mm diberikan kapasiti bateri 307mAh sementara varian 45mm terima bateri 420mAh. Pixel Watch 3 menggunakan panel Actua AMOLED LTPO dengan tahap kecerahan sehingga 2,000nits dan kadar segar semula dalam julat 1Hz hingga 60Hz.

Atas papan utama, jam tangan pintar ini diperkasa SoC Qualcomm SW5100 dengan RAM 2GB serta storan 32GB.

Tags: androidGooglegoogle pixelgoogle pixel 9Google Pixel 9 ProGoogle Pixel 9 Pro FoldGoogle Pixel 9 Pro XLgoogle pixel buds pro 2Google Pixel Watch 3jam tanganphonepixel 9Pixel 9 ProPixel 9 Pro FoldPixel 9 Pro XLpixel buds pro 2Pixel Watch 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2024

Ini senarai harga semua produk Google Pixel Malaysia 2024

14 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER