• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone jadi sistem VAR untuk EPL 2024/25, kenapa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:39 am
  • 15/08/2024
  • Komen
iPhone jadi sistem VAR untuk EPL 2024/25, kenapa?
Share on FacebookShare on Twitter

iPhone akan menjadi salah satu komponen VAR untuk EPL musimg 2024/2025. Syarikat teknologi dan data sukan, Genius Sport mengumumkan mereka telah diberi tanggungjawab untuk menambah baik sistem Video Assistant Referre (VAR) kejohanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25. Komponen yang akan mereka naik taraf adalah sistem pengesanan ofsaid semiautomatik dengan penggunaan teknologi “Dragon”. Mungkin bunyinya gempak, tapi sistem tersebut terdiri daripada puluhan iPhone yang dirangkaikan bersama dan ditempatkan diseluruh stadium.

Peranan iPhone dalam sistem pengesanan ofsaid adalah ia mampu untuk merakamkan video berkadar bingkai tinggi, sehingga 200 bingkai sesaat, daripada pelbagai sudut di seluruh padang. Ia membolehkan pengesanan dilakukan secara lebih jitu terhadap pergerakan dan posisi pemain di atas padang. Dragon menggunakan sekurang-kurangnya 28 unit iPhone untuk mencerap antara 7,000 hingga 10,000 titik di atas badan pemain.



Video tersebut kemudiannya akan disuapkan ke dalam perisian bertunjangkan Machine Learning yang memproses data secara masa nyata. Sistem baharu ini mampu memproses lebih banyak data termasuklah isu pandangan kamera terhalang oleh pemain yang merencatkan keputusan dibuat.

Sistem Dragon boleh diskalabesarkan. Sekiranya perlukan kejituan lebih tinggi, lebih banyak iPhone boleh ditambat pada sistem dan kadar bingkai rakaman boleh dipertingkata untuk situasi-situasi kritikal. Walau bagaimanaun, sejauh manakah kejituannya berbanding sistem terdahulu, maklumatnya tidak pula dikongsikan oleh pihak pembangun.



Insiden kontroversi Tottenham Hotspur vs. Liverpool 2023

Sewaktu perlawanan Tottenham Hotspur vs. Liverpool pada 30 September 2023, Luis Diaz menyudahkan satu lorogan cantik daripada Mohamed Salah untuk menghantar bola ke penjuru kiri gol.

Walau bagaimanapun, pengadil di atas padang meletakkan keputusan awal sebagai tidak gol kerana ofsaid sebelum meminta bantuan pasukan VAR. Pasukan VAR yang melihat skrin pada awalnya bersetuju dengan keputusan awal pengadil namun mengaku tersilap kerana menyangkakan keputusan awal adalah tidak ofsaid. Pihak jawatankuasa mengakui kesilapan itu dan meletakkan puncanya sebagai ralat pengendali.

Perlawanan itu menyaksikan Liverpool tewas 2-1.

Sumber: Wired, Genius Sports

Tags: epliphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
iPhone jadi sistem VAR untuk EPL 2024/25, kenapa?

iPhone jadi sistem VAR untuk EPL 2024/25, kenapa?

15 August 2024
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER