Proton X70 (2025) telahpun dilancarkan. Ini adalah sesuatu yang signifikan buat jenama itu kerana siri Proton X70 adalah model pertama yang dikeluarkan Proton selepas diambil alih oleh Geely dan siri ini dilancarkan dalam tahun 2018.
Harga Proton X70 (2025) untuk pengguna Malaysia
Berikut adalah harga penawaran Proton X70 (2025):
- 1.5 TGDI Standard – RM98,800
- 1.5 TGDI Executive – RM110,800
- 1.5 TGDI Premium – RM123,800
- 1.5 TGDI Premium X – RM126,800
Sebagai perbandingan berikut adalah harga penawaran Proton X70 sebelum ini:
- 1.5 TGDI Standard 2WD – RM98,800
- 1.5 TGDI Executive 2WD – RM110,800
- 1.5 TGDI Executive AWD – RM116,800
- 1.5 TGDI Premium 2WD – RM123,800
- 1.5 TGDI Premium X 2WD – RM126,800
- 1.5 TGDI Premium 2WD – RM128,800
Boleh diperhatikan harga untuk versi facelift baharu ini kekal seperti yang lama. Juga boleh diperhatikan yang mereka tidak lagi menawarkan varian AWD.
- Berikut adalah maklumat pakej pembelian yang menanti Proton X70 (2025):
- Jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan
- Kuota internet 1GB/bulan untuk 5 tahun
- Kos buruh percuma 6 kali untuk penyelenggaraan
- Kemudahan kewangan berkadar faeda serendah 2.4% p.a
- Program Insurans Proton
Pembaharuan yang dibawakan pada Proton X70 (2025)
Proton X70 pernah menjadi SUV segmen-C paling laku keras 5 tahun berturut-turut selepas dilancarkan dalam tahun 2018. Kemudian ada beberapa siri facelift dilakukan untuk kekal releven. Boleh dikatakan yang facelift kali ini adalah lebih signifikan kerana terdapat pertukaran komponen dalaman dilakukan. Berikut adalah beberapa pembaharuan yang boleh anda temui pada Proton X70 (2025).
Jeriji depan mirip Proton X90 & Proton S70
Mungkin ingin menyelarikan rekaan dengan model sedia ada yang lebih baharu, kami perasan yang rekaan jerijinya sama dengan Proton X90 & Proton S70. Mungkin tak lama lagi kita akan melihat perubahan yang sama pada X50 malahan Saga ataupun Perdana.
Lampu depan juga telah diperbaharu. Ia nampak lebih runcing dengan garisan DRL memanjang lantas jadikan muka depan garang berbanding sebelumnya. Kalau anda perhatikan, grill udara kali ini lebih menegak berbanding model lama yang mengikut kontur kereta.
Belakang lebih tonggek, lebih sporty
Walaupun tiada perubahan besar dilakukan di bahagian belakang, tapi kesannya agak ketara. Contohnyah, di bahagian separuh atas belakang Proton X70 (2025) ia gunakan sepasang lampu brek sama saiz seperti sebelumnya yang mengapit logo proton dengan lampu ketiga berada di bahagian atas dan bawah. Tapi, memang ada perubahan berlaku di belakang iaitu bumper.
Trim hitam plastik X70 (2025) lebih luas permukaannya dan lebih tinggi. Daripada belakang, anda akan nampak bahagian hitam lebih banyak daripada berwarna kalau bandingkan dengan model lama. Kesannya ia nampak lebih sporty.
Kemudian, di bumpar juga ada rekaan macam seperti wind diffuser bersirip melintang. Kereta nampak lebar dan berikan lebih banyak bentuk geometri.
Rekaan rim baharu
Proton X70 (2025) diberikan rim baharu dengan kemasan dwitona. Varian Executive mengguna pakai rim bersaiz saiz 18” sementara Premium dan Premium X diberikan saiz 19”.
Android Auto, Apple CarPlay & Stereng Baharu
Ini adalah perubahan paling signifikan yang memberikan pengalaman serba baharu untuk Proton X70 (2025). Kelengkapan inforianya telah bertukar daripada skrin 7” kepada 12.3” yang lebih besar. Skrinnya juga jenis “terapung” dan lebih banyak maklumat boleh dipaparkan. Ia akan diberikan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dalam kemas kini perisian yang akan datang.
Anda juga akan nampak stereng baharu dengan bahagian bawah rata. Saya suka rekaan ini kerana ia mudahkan pemandu untuk keluar tanpa kaki tersangkut di bahagian bawah stereng. Satu lagi ciri kecil ialah lampu RGB di bahagian penumpang depan. Kecil sahaja, tidaklah meliputi keseluruhan kabin.
ADAS Level 2: Pemanduan berautonomi lebih tinggi
Untuk kekal dalam laluan, ia ada Lane Depature Warning, Lane Departure Prevention, Lane Centering Control. Untuk amaran daripada belakang, ia ada Rear Collision Warning dengan Rear Cross Traffic Alert.
Enjin dan transmisi lama
Perkara terakhir yang nak saya kongsikan adalah bahagian enjin dan transmisi adalah sama. Merentasi varian, Proton berikan enjin 1.5L TGDI dengan kekotak transmisi DCT 7 kelajuan. Ia hasilkan kuasa pada paras 130kW dengan tork setinggi 255Nm.
Tapi mereka masih umumkan peningkatan pada kecekapan penggunaan bahan api iaitu sebanyak 4%. Ia kini berada di 7.3L/100km.