• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini rahsia Realme SUPERSONIC Charge 320W, cas penuh bateri telefon dalam 4 minit sahaja

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 16/08/2024
  • Komen
Ini rahsia Realme SUPERSONIC Charge 320W, cas penuh bateri telefon dalam 4 minit sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah memecah rekod yang dipegangnya sebelum ini, selepas memperlihatkan kemampuan sebuah telefon pintar, mengecas dari 0-100% dalam masa 4 minit sahaja. Ia dijayakan menerusi teknologi pengecasan terbaru Realme, SuperSonic Charge 320W. Ini mengatasi rekod yang dicatat oleh pengecas Realme FlashCharge 240W tahun lepas.

Dalam demonstrasi yang disaksikan peminat Realme, Naib Presiden Realme, Chase Xu menunjukkan kuasa pengecasan SuperSonic Charge 320W di sebuah telefon pintar, yang menamatkan pengecasan penuh 0-100% dalam masa hanya 4 minit dan 22 saat. Ia turut mencatatkan masa mengecas dari 0-50% dalam masa tidak sampai 2 minit, iaitu 1 minit 53 saat.



Yesterday, we witnessed the 320W SuperSonic Charge fill up a phone in around 4 minutes—truly a miracle! Let’s rewind to that thrilling moment and relive the excitement! #realme828Fanfest #320WFastestCharge pic.twitter.com/jDXXWOYOh3

— Chase (@ChaseXu_) August 15, 2024

Dengan keajaiban 4 minit ini, pengguna tidak lagi perlu menunggu lama. Malah, ia boleh diibaratkan masa untuk menghirup secawan kopi, atau mendengar satu lagu.

Rahsia pengecas Realme SuperSonic Charge 320W

Menurut Realme, mereka telah mengambil masa 2 tahun untuk mendapatkan teknik yang tepat bagi mengimbangi kuasa yang tinggi, saiz kompak dan paling utama, aspek keselamatan mengecas. Untuk itu, mereka telah mencipta teknologi berikut:



1. Bateri lipat pertama di telefon pintar

Realme telah mencipta bateri lipat empat pertama di dunia, dengan kapasiti 4,420mAh. Setiap sel berukuran 3mm tebal dan ini memberikan tambahan 10% kapasiti berbanding rekaan biasa. Dengan bateri lipat, ia membolehkan pengecasan lebih pantas dan dimuatkan ke dalam telefon pintar, sambil mengekalkan prestasi dan rekaan nipis.

2. AirGap, Transformer Voltan yang selamat

Untuk mengatasi kerisauan orang ramai tentang keselamatan pengecasan pantas, Realme telah mencipta teknologi AirGap untuk transformer voltan. Saiznya amat kecil dan ia menggunakan pengubah elektromagnetic tanpa sentuhan untuk mengasingkan voltan tinggi daripada bateri jika berlakunya kerosakan, sekaligus memastikan proses mengecas tanpa risiko. Menggunakan voltan 20V untuk melindungi bateri sambil mengekalkan kecekapan perubahan kuasa dan pengurusan haba, membolehkan Realme mencapai kecekapan kuasa sekitar 98%.

3. Kepadatan kuasa dan keserasian maksimum

Pocket Cannon, gelaran untuk kepala pengecas SuperSonic Charge 320W menawarkan kepadatan kuasa terbaik, iaitu 3.3W cc, mengatasi kepadatan pengecas Realme 240W dalam saiz yang sama.

Pengecas ini juga serasi dengan pelbagai protokol pengecasan pantas lain, termasuk UFCS (sehingga 320W), PD dan SUPERVOOC, memastikan ia serasi dengan pelbagai peranti lain. Dengan dwi sambungan USB-C, ia membolehkan pengecasan serentak sehingga 150W untuk telefon Realme dan 65W bagi laptop.

Memang hebat teknologi pengecasan terbaru Realme ini tetapi persoalan seterusnya, peranti apakah yang akan pertama menggunakan Realme SuperSonic Charge 320W? Perkara ini masih belum diberitahu dan tidak dinyatakan juga garis masanya. Tetapi jika Realme benar-benar yakin dengan kemampuan mereka, ia pasti akan dapat dilihat akhir tahun ini.

Bacaan Berkaitan

  • Realme SuperSonic Charge 320W, adakah ia akan menjadi kenyataan minggu ini?
  • Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara
  • Realme GT3 pukau MWC 2023 dengan pengecas 240W, isi penuh dalam tempoh 9 minit sahaja
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Ini rahsia Realme SUPERSONIC Charge 320W, cas penuh bateri telefon dalam 4 minit sahaja

Ini rahsia Realme SUPERSONIC Charge 320W, cas penuh bateri telefon dalam 4 minit sahaja

16 August 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN