• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A55 ditawar dalam warna baharu, harga kekal sama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:19 am
  • 24/08/2024
  • Komen
Galaxy A55 ditawar dalam warna baharu, harga kekal sama
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia mengumumkan warna baharu Galaxy A55 mereka. Telefon premium kelas pertengahan itu kini ditawarkan dalam warna Awesome Lemon Yellow. Sewaktu dilancarkan dalam bulan Mac 2024 dulu, ia ditawarkan dalam tiga warna sahaja.

Lebih menarik, kalau anda beli Galaxy A55 sekarang, anda juga akan terima seunit Samsung Galaxy Buds FE percuma. Selain itu, pembelian anda juga akan terima jaminan tambahan selama 1 tahun bernilai RM129.



Harga dan spesifikasi Samsung Galaxy A55 di Malaysia

Samsung Galaxy A55 dilancarkan di Malaysia dalam bulan Mac 2024 yang lalu. Satu varian ditawarkan untuk pasaran kita iaitu RAM 12GB dan storan 256GB dan harga jualannya adalah RM1,999.

Anda boleh layari laman pembelian Galaxy A55 5G untuk maklumat.



Samsung Galaxy A55 adalah sebuah telefon bersaiz 6.6”. Ia mengguna pakai panel Super AMOLED dengan tahap segar semula 120Hz. Telefon ini diperkasa cip Exynos 1480 yang bergandingan dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Bingkai badan Galaxy A55 kini diperbuat daripada besi dan belakangnya dilapisi kaca. Baterinya juga 5,000mAh dengan sokongan pengecas 25W.

Guna Circle to Search di Samsung Galaxy A55

Pengguna Galaxy A55 sekarang amat beruntung kerana mereka beroleh ciri setaraf telefon flagship Galaxy S24 Ultra. Samsung telah mengumumkan peluasan Circle to Search kepada siri Galaxy A dan Tab S9 FE.

Circle to Search adalah salah satu daripada banyak ciri AI yang dilancarkan bersama-sama siri Galaxy S24 dalam bulan Februari 2024 yang lalu. Ia diterima serentak oleh flagship Samsung ini dan juga siri Pixel 8.

Dengan Circle to Search, pengguna peranti flagship Samsung itu menerima cara yang lebih pantas untuk lakukan carian dengan cara melukiskan parameter di sekeliling subjek yang ingin diekstrak infonya.

Bacaan berkaitan

Circle to Search diperluas ke siri Samsung Galaxy A dan Tab S9 FE

5 Terbaik: Telefon murah untuk rakam video vlog dan IG Story tanpa gegar

5 Terbaik: Telefon bawah RM2,000 ada spesifikasi flagship dan kamera zum jauh

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Galaxy A55 ditawar dalam warna baharu, harga kekal sama

Galaxy A55 ditawar dalam warna baharu, harga kekal sama

24 August 2024
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER