• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bersihkan lantai rumah 50% lebih pantas dengan Dyson WashG1, ini caranya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:06 am
  • 13/09/2024
  • Komen
Bersihkan lantai rumah 50% lebih pantas dengan Dyson WashG1, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Dyson mengumumkan satu produk baru yang diberi nama Dyson WashG1. Ini adalah pembersih lantai kering/basah yang pertama daripada jenama itu.

Dyson WashG1: Bersih dan mop lantai serentak, jimat masa.

Pembersih 2-dalam-1 Dyson WashG1 ini melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu menyedut kotoran dan dalam masa yang sama mengemop lantai.



Air dan kekotoran yang disedut diasingkan di bahagian kepala menggunakan roller berputar untuk pergi ke tangki pungutan yang berasingan.

Pembersih ini mampu mengendalikan semua jenis kekotoran daripada habuk, rambut, malahan cecair pekat sekalipun seperti kicap, madu, ataupun minyak.



Dyson WashG1: 3 mode membersih untuk 3 situasi berbeza

Sebanyak 3 mode pembersihan disediakan, bergantung kepada tahap kekotoran yang dibersihkan. Mode pertama adalah Level 1 & Level 2 yang dikhususkan untuk kerja-kerja ringai seperti habuk, rambut, dan cecair biasa.

Kemudian untuk yang lebih mencabar, Level 3 untuk kekotoran yang lebih besar ataupun cecair yang lebih pekat dan yang terakhir adalah MAX untuk kekotoran paling tebal.

Dyson WashG1: Dia bersihkan dirinya sendiri

Dyson WashG1 hadir dengan ciri membersihkan diri sendiri. Selepas digunakan, pengguna boleh gunakan ciri tersebut untuk buatkannya melakukan pembersihan roller dan saluran-saluran kotor secara automatik.

Pada badan Dyson Wash G1 ada dua tangki cecair iaitu 1L untuk air bersih dan 0.8L untuk tangki air kotor. Dengan satu tangki penuh, ia boleh bersihkan sehingga 3,000 kaki persegi lantai. Satu bateri penuh boleh berikan hayat guna sehingga 35 minit.

Walau bagaimanapun, satu kekurangan ketara Dyson WashG1 adalah ia tidak boleh digunakan di atas karpet kerana fungsi semburan airnya tidak boleh dimatikan. Jadi, sekiranya rumah mempunyai campuran karpet dan lantai tidak berkarpet, vakum lain diperlukan untuk menguruskan bahagian berkarpet.

Dyson WashG1: Harga jualan di Malaysia

Dyson WashG1 ditawarkan pada harga RM3,399. Tempahan untuk membelinya sudahpun dibuka sekarang dan penghantaran akan dilakukan seawal 23 September 2024.

Dyson Malaysia mengadakan promo tempahan awal. Pembeli yang melakukan pembelian dalam tempoh promosi akan menerima roller Dyson Dual Microfibre percuma bernilai RM239 sebagai tambahan kepada unit yang sedia ada.

Program pembelian ansurans juga disediakan pada harga RM283/bulan menerusi Maybank, CIMB, HSBC, dan Grab.

Anda boleh layari laman rasmi Dyson WashG1 untuk maklumat lanjut.

Tags: Dyson
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Bersihkan lantai rumah 50% lebih pantas dengan Dyson WashG1, ini caranya

Bersihkan lantai rumah 50% lebih pantas dengan Dyson WashG1, ini caranya

13 September 2024
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER