• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Galaxy S24 FE diumum, ini maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:44 pm
  • 26/09/2024
  • Komen
Galaxy S24 FE diumum, ini maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini mengumumkan penyertaan satu ahli baharu dalam keluarga Galaxy S24. Samsung Galaxy S24 FE adalah varian yang paling mampu milik dalam kalangan keluarganya dan katanya tampil dengan ciri-ciri flagship pada harga lebih rendah tanpa kompromi yang terlalu besar pada segi spesifikasi.

Samsung Galaxy S24 FE ada skrin Dynamic AMOLED 2X

Galaxy S24 FE ada skrin 6.7” Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Resolusinya pada FHD+ dan bagi menambah baik penghasilan imej, Samsung memasukkan ciri Vision Booster untuk mengoptimumkan penghasilan warna dan tahap kontras walau berada di bawah cahaya matari terik.



Tak seperti saudara Galaxy S24 lain, Galaxy S24 FE tidak mempunyai bingkai berketebalan yang sama di semua sisi, sebaliknya anda akan dapati bingkai di sebelah dagu telefon lebih tebal berbanding sisi yang lain.

Panel paparan AMOLED pada Galaxy S24 FE dilindungi kaca Gorilla Glass Victus, malahan perlindungan serupa diberikan pada bahagian belakang telefon. Galaxy S24 FE kalis debu dan air pada tahap IP68.



Samsung Galaxy S24 FE diperkasa cip Exynos 2400e

Galaxy S24 FE didukung oleh cip pemproses Exynos 2400e. Ia adalah variasi kepada Exynos 2400 yang digunakan pada Galaxy S24 dengan kelajuan teras utamanya diturunkan sedikit iaitu teras Cortex-X4 turun kejaluan daripada 3.2Ghz kepada 3.1Ghz. Sungguhpun begitu, ia dijangka boleh mengekalkan prestasi tinggi pada tempoh lebih lama dengan kehadiran sistem kebuk penyejuk 1.1x kali lebih besar berbanding biasa.

Untuk sistem kamera, Galaxy S24 FE dilengkapi tiga buah kamera belakang. Kombinasi kamera yang boleh ditemukan pada telefon ini adalah, kamera 50MP untuk lensa utama, kamera 12MP untuk lensa ultralebar, dan satu lagi kamera 8MP untuk lensa telefoto dengan 3 kali zum optikal. Di bahagian depan, anda boleh temui kmaera 10MP untuk mengambil selfie.

Samsung turut memasukkan ProVisual Engine ke dalam telefon ini bersama-sama dengan Nightography dan Super HDR untuk anda ambil gambar yang cantik dalam keadaan mencabar.

Samsung Galaxy S24 FE ada bateri lebih besar berbanding Galaxy S23 FE

Kapasiti bateri Galaxy S24 FE diperbesar kepada 4,700mAh berbanding 4,500mAh pada Galaxy S23 FE. Apabila ingin dicas, telefon ini menerima kuasa 25W daripada blok pengecas melalui kabel USB ataupun 15W apabila pengecas wayarles digunakan.

Sejurus keluar kotak, Samsung Galaxy S24 FE menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14. Galaxy AI, ciri flaghsip Samsung juga hadir pada Galaxy S24 FE. Makanya, bakal pemilik telefon ini boleh menggunakan ciri seperti:

  • Circle to Search: Lakukan carian pantas di Google dengan menekan lama butang perumah dan lukiskan parameter subjek yang ingin dipelajari
  • Live Translate: Terjemahkan secara masa nyata panggilan telefon termasuklah panggilan menggunakan WhatsApp
  • Note Assist: Menyusunkan nota ataupun mengubah suara menjadi teks serta menterjemah dokumen PDF
  • Composer: Alat bantu menulis mesej untuk emel, media sosial, dan SMS.

Samsung menjanjikan 7 tahun kemas kini OS Android dan tampalan keselamatan.

Harga jualan Samsung Galaxy S24 FE di Malaysia

Sebanyak 2 varian Samsung Galaxy S24 FE ditawarkan untuk pasaran Malaysia, satu berstoran 256GB dan satu lagi berstraon 512GB. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

  • Galaxy S24 FE (256GB) – RM3,299
  • Galaxy S23 FE (512GB) – RM3,899

Anda boleh dapatkan rebat sehingga RM900 ke atas harga telefon apabila:

  • Rebat tempahan awal (-RM300)
  • Daftar menjadi Samsung AI Troop (-RM300)
  • Sertai program tukar beli (-RM300)

Anda boleh layari laman rasmi Samsung Galaxy S24 FE untuk maklumat lanjut.

Tags: androidsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 FEtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy S24 FE diumum, ini maklumat penjualannya di Malaysia

Galaxy S24 FE diumum, ini maklumat penjualannya di Malaysia

26 September 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN