• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple hantar kamera pungut maklumat peta Malaysia sehingga akhir 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 am
  • 18/10/2024
  • Komen
240116 Kereta Apple Maps Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple sedang memperbaharukan pengkalan data Apple Maps mereka untuk kawasan Malaysia. Bermula 18 Oktober 2024, beberapa unit kamera bergerak akan menjelajah sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Melaka. Ada dua jenis unit kamera yang mungkin anda bertembung, satu yang dipasang di atas kereta dan satu lagi digalas di belakang orang, untuk lokasi yang tidak boleh dilalui kenderaan.

240116 Kereta Apple Maps Malaysia

Apple Maps beri info persekitaran terkini pada pengguna

Menggunakan kenderaan yang dilengkapi komponen pengimejan canggih termasuklah LiDAR, Apple telah menerokai jutaan kilometer bagi memastikan Apple Maps menghidangkan info terkini buat penggunanya. Lokasi yang telah dikemas kini adalah seperti Hong Kong, Taiwan, A.S, dan U.K dengan lebih banyak lokasi dikemas kini setiap tahun. Kamera yang digalas mengumpulkan banyak maklumat berguna untuk peta 2D yang digunakan pada servis seperti Look Around.



Berikut adalah jadual kembara Apple Maps yang sedang berjalan:

  • Selangor: October 18 – December 31, 2024
  • Kuala Lumpur: October 18 – December 31, 2024
  • Melaka: October 18 – December 31, 2024
  • Johor: October 18 – December 31, 2024
  • Pulau Pinang: October 18 – December 31, 2024

Sesi kembara ini mungkin adalah kesinambungan kepada sesi pungutan data yang sama mereka telah jalankan awal tahun 2024 hingga sekitar Julai 2024 di Sarawak. Pada ketika itu, Apple mengehadkan pengumpulan datanya di Malaysia kepada kenderaan sahaja.



Risau wajah anda muncul dalam imej yang dirakam kereta Apple Maps? Bertenang, Apple telah memaklumkan bahawa mereka akan melindungi privasi orang awam semasa melakukan pemetaan dengan menapis muka dan nombor plat kenderaan dalam imej Look Around. Polisi itu adalah sama dengan apa yang dilakukan Google untuk pemetaan Street View.

Anda boleh rujuk laman Apple Maps Privacy untuk maklumat lanjut.

Tags: apple
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

240116 Kereta Apple Maps Malaysia

Apple hantar kamera pungut maklumat peta Malaysia sehingga akhir 2024

18 October 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN