• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajari cara tulis prompt AI dengan lagi berkesan guna kursus Google ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:56 pm
  • 29/10/2024
  • Komen
Pelajari cara tulis prompt AI dengan lagi berkesan guna kursus Google ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dinafikan penggunaan AI dapat membantu orang ramai dalam memudahkan sesuatu tugasan. Tetapi untuk gunakannya, ia memerlukan kemahiran yang baik dalam menulis arahan atau prompt yang sesuai. Untuk bantu anda semua, kini Google ada melancarkan kursus baharu yang dinamakan Google Prompting Essentials.

Ia direka untuk bantu orang ramai manfaatkan kuasa AI sepenuhnya, terutamanya mereka yang baru berjinak menggunakan AI. Kursus ini dibangunkan oleh pakar AI di Google berasaskan konsep daripada Google AI Essential yang mereka perkenalkan pada April tahun ini melalui Coursera.



Apa yang ada di kursus Google Prompting Essentials?

Kursus Google Prompting Essentials ini akan menyediakan kemahiran dan teknik menulis prompt AI yang lebih berkesan untuk anda selesaikan tugas dengan lebih efisien. Ini adalah kerana, prompt merupakan benda paling penting dan menentukan bagaimana AI akan respon pada pertanyaan anda.

Terdapat 5 langkah mudah yang perlu anda ikuti dalam kursus ini dan ia mengandungi empat modul dan 12 tugasan yang memerlukan masa kurang daripada 10 jam untuk diselesaikan. Antara teknik prompting yang akan anda belajar termasuk:



  • Kerangka kerja 5 langkah untuk prompting
  • 4 kaedah iterasi utama
  • Prompting secara teks-ke-teks dan teks-ke-imej
  • Multimodel prompting
  • Few-shot prompting
  • Prompt chaining

Teknik yang diajar juga serasi digunakan di mana-mana model AI, tetapi di dalam kursus ini, demonstrasi akan ditunjuk menggunakan Gemini dan peralatan Google AI yang lain macam Gemini for Google Workspace dan Google AI Studio. Terdapat kuiz, latihan AI secara hands-on, bahan bacaan dan video yang dihasilkan oleh pakar AI Google.

Apa anda akan terima selepas selesai Google Prompting Essentials?

Menurut Google, selepas selesai latihan, anda akan peroleh cara-cara untuk:

  • Sesuaikan tona e-mel untuk orang berbeza
  • Rumuskan dokumen panjang berjela dalam poin penting
  • Hasilkan idea segar untuk sesebuah projek
  • Bina pembentangan menarik dan dapatkan maklum balas tentang penyampaian anda
  • Gunakan AI dengan bertanggungjawab dan kenal pasti kesilapan

Kursus ini juga membolehkan pelajar untuk menghasilak senarai prompt dan semua prompt tersebut boleh diguna pakai semula pada masa hadapan. Anda juga akan mendapat sijil daripada Google dan anda boleh gunakannya bag mengukuhkan lagi resume dan latar belakang profesional anda.

Namun, perlu untuk anda tahu yang kursus ini bukannya percuma. Ia boleh dibeli pada harga USD49 (~RM214) di Coursera. Kalau anda berminat, bolehlah mendaftarnya di laman Google Prompting Essentials.

[Sumber: Google]

Tags: aigeminiGoogle
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Pelajari cara tulis prompt AI dengan lagi berkesan guna kursus Google ini

Pelajari cara tulis prompt AI dengan lagi berkesan guna kursus Google ini

29 October 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER