• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi tawar RM150 untuk setiap pendaftaran broadband melalui progam “Refer & Earn”

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:07 pm
  • 15/11/2024
  • Komen
CelcomDigi tawar RM150 untuk setiap pendaftaran broadband melalui progam “Refer & Earn”
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi mengumumkan mereka sedang mengadakan program “Refer & Earn” membolehkan orang ramai terima ganjaran bagi setiap pendaftaran baru pelan Fibre atau 5G Home WiFi CelcomDigi. Program ini akan berjalan dalam masa terhad sehingga 31 December 2024, serta ganjaran akan diberikan dalam bentuk baucar Touch ‘n Go.

Untuk setiap pendaftaran yang berjaya, tidak kira sama ada pelan Fibre atau 5G Home WiFi, anda akan terima baucar Touch ‘n Go bernilai RM150. Bermakna, lebih banyak pelan diaktifkan, lebih banyak ganjaran yang anda akan terima. Menurut CelcomDigi, program “Refer & Earn” ini direka bagi mereka yang mahu menjana pendapatan tambahan dengan cara mudah dan fleksibel.



Ganjaran ini bukan sahaja diterima oleh perujuk, tetapi juga pada pelanggan baharu. Ini kerana, CelcomDigi turut akan memberikan baucar Touch ‘n Go RM50 kepada pelanggan baharu, selain daripada kelebihan sedia ada. Ini termasuk seperti percuma 6 bulan untuk langganan pelan Fibre 300Mbps, serta harga eksklusif RM79 (harga asal RM199) bagi pelanggan pascabayar yang melanggan 5G Home WiFi.

Untuk sertai sebagai ‘referrer’, berikut adalah langkahnya:



  1. Daftar dengan melayari Visit cd.link/refer&earn untuk mendapatkan kod ‘referrer’ anda
  2. Setelah mendaftar, anda boleh mula kongsi kod ‘referrer’ anda kepada rakan dan keluarga
  3. Kemudian anda akan terima baucar Touch ‘n Go bagi setiap pengaktifan yang berjaya

Pelan Fibre CelcomDigi yang tersedia

Setakat ini, CelcomDigi menawarkan tiga pelan Fibre yang berharga RM139 untuk kelajuan 300Mbps, RM159 untuk kelajuan 500Mbps dan RM249 untuk pelan 1Gbps FTTR, iaitu pelan yang baru mereka perkenal pada Oktober tahun ini. Kelebihan pelan FFTR adalah ia menyediakan capaian fiber optik terus ke setiap kawasan rumah, berbanding menggunakan mesh WiFi.

Namun, perlu untuk anda tahu yang walaupun CelcomDigi ada menawarkan FTTR secara percuma, ia hanyalah untuk pelanggan CelcomDigi Postpaid 60 dan ke atas. Untuk pelanggan yang tidak layak, pelan 1Gbps dengan 1 unit FTTR boleh didapatkan pada harga bermula RM1,920.

Terdapat juga solusi 1+2 dan 1+3 yang sesuai untuk ruang lebih besar dan ia masing-masing ditawarkan pada harga RM2,448 dan RM3,144.

Untuk ketahui lagi lanjut, anda boleh layari laman web CelcomDigi atau melayari laman “Refer & Earn” CelcomDigi untuk mula daftar sebagai ‘referrer’.


Tags: CeclomCelcomDigicelcomdigi 5g home wifiCelcomDigi Fibredigi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CelcomDigi tawar RM150 untuk setiap pendaftaran broadband melalui progam “Refer & Earn”

CelcomDigi tawar RM150 untuk setiap pendaftaran broadband melalui progam “Refer & Earn”

15 November 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN