• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Perodua kongsi perkembangan projek EV EMO-II di KLIMS 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:52 am
  • 02/12/2024
  • Komen
Perodua kongsi perkembangan projek EV EMO-II di KLIMS 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Perodua dah utuskan video teaser EMO-II EV saluran-saluran rasmi mereka. Kemas kini projek EV Perodua akan mereka kongsikan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 nanti.

Ia pastinya kesinambungan kepada kereta konsep EMO-I yang mereka pamerkan sewaktu Malaysia Autoshow 2024 dalam bulan Mei 2024 yang lalu. Ketika itu, kita diberitahu yang EMO-I adalah hasil kerjasama Perodua dengan UNITEN, UniKL, dan UPM.



Perodua EMO-1 di Malaysia Autoshow 2024

Berita Perodua sedang bangunkan EV bukanlah satu perkara baru. Sewaktu Malaysia Autoshow 2024 tempoh hari, Perodua ada pamerkan konsel EV EMO-1 di reruai pameran mereka berasaskan sebuah Perodua Myvi. Berdasarkan EMO-1, boleh disimpulkan yang EV perdoua ini mengekalkan dimensi Myvi yang dibangun berasaskan platform D51A.

Antara spesifikasi teknokal yang dikongsikan adalah seperti kuasa motor setinggi 120kW (160hp), tork 220Nm dengan pecutan ke 100km/j mengambil masa sehingga 9 saat. Bateri EV Perodua katanya gunakan teknologi Lithium NMC dengan jarak gerak sejauh 350km. Apabila perlu dicas, ia menerima input 50kW DC dan 11kW AC.



Walaupun ia tidaklah didemonstrasikan boleh bergerak, namun ia adalah selangkah kemajuan berbanding tahun 2023. Dalam tahun 2023, Perodua perkenalkan konsep Electric Motion Online (EMO) sewaktu Malaysia Autoshow 2023 yang ketika itu ia cumalah spesifikasi atas kertas, tanpa sebarang model fizikal.

MITI bantu Perodua hasil EV bawah RM100,000

Dalam bulan Oktober 2024, Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi MITI memaklumkan yang kerajaan akan membantu Perodua untuk bangunkan EV pertama Malaysia yang dijual bawah RM100,000 dalam tahun 2025. Ia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai teknologi kenderaan tanpa asap pencemaran.

Proton buat masa ini dilihat masih belum mampu menawarkan pilihan EV bawah RM100,000. Ia selepas harga anggaran e.MAS 7 sekitar RM120,000. Walaupun ia adalah sekadar anggaran, hampir mustahil untuk melihat e.MAS 7 dijual di bawah harga RM100,000 disebabkan ia adalah kenderaan import sepenuhnya yang datang sekali dengan struktur cukai lebih tinggi berbanding produk pemasangan tempatan.

Sumber: Perodua

Bacaan berkaitan

Proton & Perodua siap sedia lancar EV dalam 2025

EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan

Gaji RM1,500 boleh dapatkan Axia E (2023)? Boleh, jika lulus satu syarat ini

Tags: automotifemoEVPerodua
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Perodua kongsi perkembangan projek EV EMO-II di KLIMS 2024

Perodua kongsi perkembangan projek EV EMO-II di KLIMS 2024

2 December 2024
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER